Untuk pengetahuan semua, walaupun Shaklee adalah produk dari Amerika tetapi bila ianya menjadi produk bagi pasaran Malaysia, maka status HALAL nya menjadi perkara utama. Di sebabkan terlalu banyak produk yang berada di pasaran kian diragui status halalnya, saya amat bersyukur sebab ramai yang mengambil berat tentang produk ni. Ini secara tak langsung menunjukkan bahawa produk ini telah mendapat tempat di hati para pengguna yang secara serius mementingkan kesihatan dan pemakanan.
Hampir kesemua negara mempunyai rangkaian produk Shaklee, tetapi tidak semua produk yang dikeluarkan terdapat di Malaysia, sebagai contoh jika anda ke negara jiran iaitu Singapura anda akan dapati ada beberapa jenis produk yang ada di pasaran sana tetapi tidak terdapat di negara kita.
KENAPA?
Ini kerana tidak semua produk Shaklee Worldwide itu halal. Hanya produk yang mendapat status HALAL sahaja yang akan dipasarkan di Malaysia.
Ini adalah sijil HALAL terbaru yang dikeluarkan pada 21 JANUARY 2013
Islamic Islam Amerika ( ISA ) merupakan satu badan Islam di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM.
Untuk lebih meyakinkan, anda boleh melayari laman web JAKIM ini untuk mengetahui senarai badan-badan Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
No comments:
Post a Comment