Arghhh!!! Gastrik menyerang lagi.
Saya pasti ramai di antara kita yang pernah mengalami gastrik. Penyakit yang menyerang jika jadual makan tidak menentu, sesuai dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa mengejar masa, sehinggakan sering terlupa untuk menjamah makanan. Apa yang boleh dilakukan jika diserang gastrik? Ye..jawapannya adalah kite perlu makan tepat pada masanya.
Tapi tahukan anda jika penyakit ini dibiarkan berlarutan, ia boleh memberikan kesan berpanjangan kepada kesihatan kita. Kajian menunjukkan jika penyakit ini dibiarkan kita akan mendapat penyakit yang lebih serius iaitu pepttic ulser atau ulser perut.
Apakah Gastrik?
Secara umumnya gastrik boleh dibahagikan kepada dua keadaan iaitu:
- gastritis - keradangan lapisan mukosa pada lapisan dinding perut
- Pepptic ulser - berlaku pada lapisan sel yang paling dalam
Jika seseorang itu mengatakan mereka ada masalah gastrik itu sebenarnya merujuk kepada gastritis.
Secara teorinya, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai nilai pH 1- pH 2 dan fungsi utama asid ini adalah sebagai agen pencernaan makanan.
Rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan yang hendak dicernakan. Apabila tiada keseimbangan kuantiti antara rembesan hidroklorik dengan kekuatan pertahanan lapisan maka seseorang itu akan mengalami gastrik.
Tanda-tanda anda diserang gastrik.
Kebiasaannya, tanda-tanda gastrik amat mudah di dapati kerana ia melibatkan keadaan ketidakselesaan di bahagian perut.
- rasa senak, berangin dan pedih terutama di bahagian ulu hati
- sakit dibahagian atas abdomen dan perut
- rasa mual, loya dan muntah
- hilang selera makan
- penurunan berat badan
- selalu sendawa dan kerap kentut selepas makan
- kembung perut
Jika sakit perut dirasai ketika lapar, ini bermakna kandungan asid hidroklorik yang terlalu banyak di dalam perut. Manakala jika kesakitan dirasa selepas makan, ini bermakna lapisan mukosa sudah menjadi lemah dan anda mempunyai masalah ulser perut.
Gastrik boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja dan secara umumnya lelaki mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapinya berbanding wanita iaitu antara nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda. Masalah gastrik adalah berkait rapat dengan gaya hidup.
Antara golongan yang berisiko menghadapi masalah gastrik ialah:
- mereka yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama.
- banyak merokok dan mengambil minuman keras- asap rokok dan alkohol boleh memberikan kesan yang negatif dan mencederakan lapisan mukosa.
- sering menghadapi tekanan seperti di tempat kerja, peribadi dan sosial
- mereka yang kerap mengambil ubatan tradisional seperti akar kayu dan herba cina. Ini kerana bahan yang terkandung di dalam ubatan tersebut telah dicampurkan dengan steroid supaya ianya cepat berkesan dan mujarab.
Sebagai langkah rawatan bagi masalah gastrik, pesakit boleh mengubah gaya hidup dan perlu menjaga pemakanan supaya penyakit gastrik tidak menjadi lebih serius.
Selain dari itu, pesakit gastrik juga digalakkan untuk mengamalkan supplement untuk mengurangkan risiko penyakit berulang. Set Gastrik Shaklee merupakan satu alternatif terbaik untuk mengurangkan penyakit ni daripada terus berulang.
Set Gastrik Shaklee terdiri daripada:
B COMPLEX
Set Gastrik Shaklee terdiri daripada:
B COMPLEX
- sebagai pelengkap vitamin yang diperlukan oleh tubuh serta memelihara kesihatan saraf.
- bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik
- melegakan stress dan kesakitan
- membantu meneutralkan rembesan asid hidroklorik yang menyebabkan kepedihan pada ulu hati
- vitamin lengkap yang mengandungi sumber kalsium, magnesium dan vitamin D
- asid amino yang terdapat dalam ESP membantu dalam pembentukkan sel-sel baru pada dinding perut.
- bersifat kealkalian yang tinggi membantu meneutralkan asid dan mengelakkan penipisan pada kulit perut.
Bagi anda yang menderita penyakit gastrik ini boleh la mencuba set gastrik ini sebagai alternatif rawatan supaya ianya tidak menjadi lebih serius.
Pertanyaan, Konsultansi dan oder produk boleh hubungi saya di:
Eizan Adzan
Call/sms/wasap: 013-467 4773
Fb: Eizan Adzan
Like fanpage: D'MYA Supplement House
No comments:
Post a Comment