Saturday, 25 January 2014

JAUHI ROKOK

jauhi rokok
Ingin saya kongsikan dengan pembaca Luvaabizshoppe.com ni satu info yang saya rasa sangat-
sangat perlu diketahui oleh semua. Walaupun mungkin dah ramai yang tahu tentangnya.
Ya. ROKOK!
Ramai yang dah sedar tentang keburukan dan kesan negatifnya kepada diri serta orang-orang disekelilingnya, tetapi masih ramai yang tidak cuba untuk menghentikan sikap yang suka menghisap rokok ni. Adakah bila salah seorang dari ahli keluarga kehilangan nyawa sebab rokok ni atau bila diri sendiri dah mengalami penyakit yang serius baru ambil keputusan untuk bertindak? Pada masa tu semuanya sudah tidak berguna lagi.

"...Mengghisap rokok adalah HARAM dalam Islam...." fatwa oleh Dr. Nasir Farid Wasil ( Bekas Mufti Mesir )

"...Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk tujuan apapun akan merosakkan kesihatan dan merugikan wang perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai jenis penyakit. Jesteru itu berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah diharamkan..." Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq ( Imam Besar Masjid Al-Azhar )

Dr. Yusuf Al-Qadrawi di dalam fatawa Muasirah berkata:
"Dari penjelasan yang diberikan, saya berpendapat pandangan yang menghalalkan perokok tidak dapat diterima sama sekali. Malah, pendapat begitu boleh dianggap salah. Jesteru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: makhruh atau haram.
Berdasarkan kajian terkini, penetapan hokum HARAM adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya".
Ahli ulamak sendiri pun telah menjelaskan hokum bagi merokok ni, perokok seolah-seolah menempah maut  untuk diri sendiri dan juga orang-orang disekeliling.

Kenapa ROKOK HARAM?

Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Kajian perubatan membuktikan setiap batang rokok mengandungi nikotin dan pelbagai bahan kimia toksid lain yang memudaratkan kesihatan.
Nikotin yang diserap ke dalam tubuh akan merangsang otak yang menyebabkan pelbagai reaksi terutamanya KETAGIHAN.
kajian sains dan perubatan semasa telah membuktikan merokok banyak membawa kesan negative kepada perokok dan mereka yang berada di sekeliling perokok.
Sumber dari pertubuhan Kesihatan Sedunia:
5 juta kematian berlaku setiap tahun akibat dari merokok. 
600000 kematian pra matang berlaku setahun.
11,000 kematian setiap hari - seperti 27 pesawat Boeing jatuh terhempas setiap hari.
Adakah anda ingin menambahkan angka yang tertulis tu? Jawapannnya ada pada diri anda sendiri.
Duhai perokok, tanpa anda sedari, setiap kali anda membeli rokok anda bukan hanya membayarnya dengan wang ringgit tetapi juga anda membayarnya dengan risiko ini:

1. Paru-paru ANDA
  • Risiko untuk mendapat kanser paru-paru adalah 20 kali ganda dari individu bukan perokok
  • Risiko nntuk mendapat penyakit paru-paru kronik adalah 10 kali ganda dari individu bukan perokok
2. Saluran Darah ANDA
  • Risiko saluran darah akan menjadi tersumbat ialah 10 kali ganda dari individu bukan perokok
3. Jantung ANDA
  • Risiko anda untuk mendapat serangan jantung adalah 4 kali ganda dari individu bukan perokok
4. Otak dan Tubuh ANDA
  • Risiko untuk mendapat serangan stroke adalah 2 kali ganda dari individu bukan perokok
5. Nyawa ANDA
  • Risiko kematian akibat tembakau ditanggung perokok seumur hidup ialah 50% berbanding dengan individu bukan perokok
6. Nyawa Isteri dan Anak ANDA
  • Risiko terdedah dengan berbagai risiko sebagai perokok pasif
Walaupun telah banyak kempen-kempen yang dibuat untuk membanteras kegiatan merokok namun angka kematian yang disebabkan oleh rokok masih berada di tahap yang membimbangkan. Amat sukar sekali untuk membanteras aktiviti ini, walaupun ramai yang tahu bahaya merokok amat ketara dan besar pengaruhnya kepada masyarakat dari segi sosial, ekonomi dan kesihatan namun ianya tetap menjadi satu amalan. Dalam hal ini, peranan semua pihak amatlah penting, kerjasama semua amat diperlukan untuk menjayakan langkah-langkah yang telah disediakan oleh pihak berkenaan.

Kepada perokok tegar, anda mampu mengubahnya demi diri dan orang-orang tersayang. Di Shaklee kami menyediakan saty alternatif untuk anda yang ingin menghentikan tabiat merokok. Saya amat mengesyorkan kepada perokok yang ingin keluar dari bahaya merokok mengamalkan ViViX Shaklee.KLIK SINI. ViViX merupakan satu supplement yang mempunyai 1001 khasiat dan satu2nya supplement yang boleh menembusi DNA manusia.

Hubungi saya untuk mendapatkan lebih info dan order produk

Call/sms/whatsapp: 013-467 4773
Atau add FB saya https://www.facebook.com/eizanadzannorizan.razali untuk berchatting secara terus dengan saya
KLIK LIKE fanPage saya: D'MYA supplement House

No comments:

Post a Comment