Jatuh Organ Peranakan atau jatuh rahim adalah perkara yang biasa dialami oleh semua wanita masa
kini. Namun kebanyakkan dari mereka yang mengalami masalah ini tidak pernah merujuk kepada pakar perubatan atas alasan malu. Tambahan ianya tidak sama sekali menganggu aktiviti seharian mereka.
Jatuh Organ Peranakan berlaku di mana keadaan ligemen dan otot-otot pelvik menjadi lemah atau rosak dan tidak dapat menampung kedudukan organ di bahagian itu, dan keadaan ini menyebabkan organ peranakan menjadi turun dan jatuh dari kedudukan asalnya.
Apabila keadaan ini berlaku, rahim akan jatuh ke luar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar akan menonjol ke belakang faraj.
Antara punca-punca berlakunya jatuh organ peranakan ini ialah:
- proses bersalin - wanita yang melalui proses melahirkan melebihi empat kali amat berisiko untuk mengalami masalah ini
- Masalah berat badan berlebihan dan obesiti
- Faktor usia dan wanita yang telah menghampiri monopous
- mengalami masalah sembelit yang kronik
- Batuk yang serius
- Ketumbuhan seperti fibroid yang besar
- Selalu mengangkat barangan berat
- Sering menolak bebanan berat dengan menggunakan hujung kaki
- pernah menjalani pembedahan pelvis
Walaubagaimanapun, jatuh organ peranakkan ini tidak sampai tahap mengancam nyawa tetapi mereka yang mengalami masalah ini akan merasa tidak selesa, seolah-olah ada benda berat di bahagian alat sulitnya. Tetapi jika keadaan ini dibiarkan tanpa sebarang rawatan, organ peranakkan yang jatuh ini akan menjadi semakin serius dan boleh menyebabkan pendarahan serta jangkitan kuman.
Selain dari itu ia juga boleh menyebabkan masalah sampingan yang lain seperti pundi kencing menjadi longgar dan menyebabkan seseorang itu gagal mengawal kencing terutama semasa batuk dan ketawa serta aktiviti-aktiviti pergerakkan yang tidak disengajakan.
Apakah tanda-tanda Jatuh Organ Peranakkan?
- Ada ketulan jatuh di bahagian faraj
- Terasa sesuatu yang keluar dari faraj
- Sakit di bahagian ari-ari ( pelvis )
- Sakit belakang yang kerap
- Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
- Kencing tidak lawas
- Sembelit yang serius
- Pendarahan faraj selepas monopous
Bagi mengatasi masalah ini berlaku beberapa cara boleh dilakukan sebagai alternatif kepada rawatannya. Antara cara yang paling selamat digunakan ialah dengan melakukan senaman menguatkan otot pelvis atau dikenali sebagai senaman Kagel. Senaman ini boleh juga diamalkan oleh wanita-wanita hamil untuk menguatkan otot, mengawal pundi kencing serta memudahkan proses kelahiran.
Bagi kaum wanita, sayangilah anugerah terindah yang dikurniakan ini kerana di sinilah tempat lahirnya zuriat, yang menjadi lambang cinta suami isteri.
Beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mencegah kejadian jatuh organ peranakkan ini. Antaranya ialah:
- Elakkan berdiri terlalu lama. Jika terpaksa ambil masa seketika untuk melunjurkan kaki ke atas bangku.Ini selalu berlaku kepada guru, jururawat, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera.
- Melakukan senaman pelvik. Seeloknya dilakukan semasa remaja lagi. Ini adalah penting untuk menguatkan otot dalaman, mengawal pundi kencing serta mengurangkan sakit belakang.
- Amalkan pemakanan yang betul untuk mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makanan seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan. Elakkan dari meneran di bilik air lebih dari 15minit. Puas atau tidak terus keluar dari situ.
- Memakai girdle atau set pelangsingan yang sesuai dapat membantu tetapi bukan korset yang ketat.
- Jangan merokok atau jauhkan diri dari perokok untuk mengelakkan batuk yang kronik.
- Elakkan mengandung yang kerap dan rapat.
Kepada kaum wanita ingatlah, jangan malu untuk berjumpa pakar perubatan jika salah satu dari tanda di atas ada pada diri anda. Sayangilah anugerah yang tak ternilai kita ini.
No comments:
Post a Comment