Tuesday 31 December 2013

Omega Guard Dan Mealshake: Terbaik Untuk Simanja

Gabungan Supplement Terbaik untuk Si manja

Seringkali saya ditanya, perlu ke ambil supplement untuk kanak-kanak? Merekakan dah ada antibodi tersendiri untuk melawan jangkitan penyakit. Secara asasnya, jika anak-anak kita tidak mempunyai sebarang masalah dari segi pengambilan makanan dan segala nutrient boleh didapati dari menu hariannya supplement ini tidaklah diperlukan sangat. Tetapi jika sebaliknya, pengambilan supplement amatlah digalakkan. Ini adalah sebagai satu usaha untuk membekalkan segala zat dan nutrient yang diperlukan oleh tubuh si kecil untuk tumbesaran mereka. 

Tambahan pula dengan gaya hidup dan rutin harian anak-anak yang aktif dengan segala aktiviti memerlukan tenaga yang lebih untuk membantu mereka kekal bertenaga sepanjang hari. Saya amat yakin, semua ibubapa akan merasa gembira bila melihat anak-anak membesar dengan sihat dan cergas, tumbesaran psikomotor mereka yang memberangsangkan adalah merupakan nikmat yang tidak terhingga. 

Saya juga memberikan anak saya supplement tambahan Omega Guard dan Mealshake ni. Kenapa? Arissa selalu mengalami masalah sembelit. Tiap kali nak poo poo mesti dia akan menangis. Arissa memang tidak suka makan sayur dalam menu dia. Walau macam mana cara sekalipun saya buat untuk pastikan dia makan sayur tapi tetap tak berjaya. Sebagai alternatifnya saya menjadikan Mealshake sebagai menu penting harian dia. Alhamdulillah, sekarang masalah sembelitnya dah berkurangan. Dan yang paling teruja dia jarang diserang demam. Kalu ada pun hanya selesema biasa dan akan baik dalam masa yang singkat.


Omega Guard dan Mealshake terbaik untuk simanja
Omega Guard Shaklee dihasilkan dari Minyak Ikan Terbaik Di dunia

Minyak ikan Shaklee diektraks dari ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel , herring dan anchovies yang didapati di perairan laut Jepun. Yang paling penting ianya tidak dihasilkan dari hati ikan ( bertoksid).
Semestinya ramai di kalangan kanak-kanak yang tidak suka untuk mengambil ikan dalam hidangan mereka, maka dari mana mereka hendak mendapat khasiat minyak ikan? 

Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen dan mengandungi rangkaian 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi yang sangat diperlukan untuk perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak. Harus diingat, satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak Omega 3 termasuk EPA dan DHA.

Antara kebaikkan Omega Guard Shaklee ialah:
  • sistem imunisasi badan
  • meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak
  • meningkatkan kecerdasan otak
  • mengelakkan penyakit asma
  • mencegah penyakit kulit seperti eczema
MealShake Sumber Protein Terbaik

MealShake adalah sumber protein yang diperkayakan dengan vitamin dan mineral tambahan. Yang paling menarik ianya menyediakan 24 vitamin lengkap dari A-Z untuk memenuhi keperluan tubuh badan. Mengandungi Vitamin A, C, E dan solenium yang bertindak sebagai antioksidan untuk melambatkan proses penuaan. MealShake juga amat sesuai diambil oleh ibu menyusu dan hamil.
  • Menguatkan sistem imun badan kanak-kanak dan memberikan sumber tenaga berpanjangan
  • Mengurangkan masalah sembelit
  • Mengurangkan risiko asma
  • membantu tumpuan kanak-kanak
  • membantu mengurangkan kadar obesiti kanak-kanak
Rasanya tidak salah kalau kita sebagai ibubapa melaburkan sedikit untuk kebaikkan anak-anak kita. Tiada yang lebih mengembirakan selain dari melihat keriangan dan kecerdasan anak-anak, dengan kesihatan yang baik dan tumpuan yang memberangsangkan. Jika kita sanggup berhabis beratus ratus malah beribu-ribu hanya untuk memenuhi keperluan kita apa salahnya kita berbelanja sedikit untuk membeli supplement tambahan untuk anak-anak. Pemakanan yang baik adalah penentu masa depan mereka.

Di sini saya kongsikan cara pengambilan Mealshake mengikut peringkat umur kanak-kanak:

1 Tahun - 1 sudu kecil 3 kali seminggu
3 Tahun - 1 sudu kecil 4 kali seminggu
5 Tahun - 1 sudu 5 kali seminggu
7 Tahun - setiap hari

Sebarang pertanyaan dan oder produk boleh hubungi:

Eizan Adzan
call/sms/whatsapp: 013-467 4773
FB: Eizan Adzan
Like page D'MYA supplement House

KONSULTANSI pengambilan akan diberikan dengan setiap pembelian dari saya SAHAJA!

Monday 30 December 2013

Organ Peranakan Jatuh. Apakah Bahayanya pada Wanita?

Jatuh Organ Peranakkan
Jatuh Organ Peranakan atau jatuh rahim adalah perkara yang biasa dialami oleh semua wanita masa

kini. Namun kebanyakkan dari mereka yang mengalami masalah ini tidak pernah merujuk kepada pakar perubatan atas alasan malu. Tambahan ianya tidak sama sekali menganggu aktiviti seharian mereka.

Jatuh Organ Peranakan berlaku di mana keadaan ligemen dan otot-otot pelvik menjadi lemah atau rosak dan tidak dapat menampung kedudukan organ di bahagian itu, dan keadaan ini menyebabkan organ peranakan menjadi turun dan jatuh dari kedudukan asalnya.

Apabila keadaan ini berlaku, rahim akan jatuh ke luar faraj, pundi kencing akan menonjol  ke dinding faraj dan usus besar akan menonjol ke belakang faraj.

Jatuh Organ Peranakkan

Antara punca-punca berlakunya jatuh organ peranakan ini ialah:
  • proses bersalin - wanita yang melalui proses melahirkan melebihi empat kali amat berisiko untuk mengalami masalah ini
  • Masalah berat badan berlebihan dan obesiti
  • Faktor usia dan wanita yang telah menghampiri monopous
  • mengalami masalah sembelit yang kronik
  • Batuk yang serius
  • Ketumbuhan seperti fibroid yang besar
  • Selalu mengangkat barangan berat
  • Sering menolak bebanan berat dengan menggunakan hujung kaki
  • pernah menjalani pembedahan pelvis
Walaubagaimanapun, jatuh organ peranakkan ini tidak sampai tahap mengancam nyawa tetapi mereka yang mengalami masalah ini akan merasa tidak selesa, seolah-olah ada benda berat di bahagian alat sulitnya. Tetapi jika keadaan ini dibiarkan tanpa sebarang rawatan, organ peranakkan yang jatuh ini akan menjadi semakin serius dan boleh menyebabkan pendarahan serta jangkitan kuman.

Selain dari itu ia juga boleh menyebabkan masalah sampingan yang lain seperti pundi kencing menjadi longgar dan menyebabkan seseorang itu gagal mengawal kencing terutama semasa batuk dan ketawa serta aktiviti-aktiviti pergerakkan yang tidak disengajakan.

Apakah tanda-tanda Jatuh Organ Peranakkan?
  • Ada ketulan jatuh di bahagian faraj
  • Terasa sesuatu yang keluar dari faraj
  • Sakit di bahagian ari-ari ( pelvis )
  • Sakit belakang yang kerap
  • Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
  • Kencing tidak lawas
  • Sembelit yang serius
  • Pendarahan faraj selepas monopous
Bagi mengatasi masalah ini berlaku beberapa cara boleh dilakukan sebagai alternatif kepada rawatannya. Antara cara yang paling selamat digunakan ialah dengan melakukan senaman menguatkan otot pelvis atau dikenali sebagai senaman Kagel. Senaman ini boleh juga diamalkan oleh wanita-wanita hamil untuk menguatkan otot, mengawal pundi kencing serta memudahkan proses kelahiran.

Jatuh Organ Peranakkan

Bagi kaum wanita, sayangilah anugerah terindah yang dikurniakan ini kerana di sinilah tempat lahirnya zuriat, yang menjadi lambang cinta suami isteri.
Beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mencegah kejadian jatuh organ peranakkan ini. Antaranya ialah:
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Jika terpaksa ambil masa seketika untuk melunjurkan kaki ke atas bangku.Ini selalu berlaku kepada guru, jururawat, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera.
  • Melakukan senaman pelvik. Seeloknya dilakukan semasa remaja lagi. Ini adalah penting untuk menguatkan otot dalaman, mengawal pundi kencing serta mengurangkan sakit belakang.
  • Amalkan pemakanan yang betul untuk mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makanan seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan. Elakkan dari meneran di bilik air lebih dari 15minit. Puas atau tidak terus keluar dari situ.
  • Memakai girdle atau set pelangsingan yang sesuai dapat membantu tetapi bukan korset yang ketat.
  • Jangan merokok atau jauhkan diri dari perokok untuk mengelakkan batuk yang kronik.
  • Elakkan mengandung yang kerap dan rapat.
Kepada kaum wanita ingatlah, jangan malu untuk berjumpa pakar perubatan jika salah satu dari tanda di atas ada pada diri anda. Sayangilah anugerah yang tak ternilai kita ini.

Sunday 29 December 2013

Kulit Cantik Berseri Dengan Set Kecantikkan Shaklee

Vitamin Shaklee terbaik untuk wajah berseri

Set Kecantikkan ShakleeAssalamualaikum semua pengunjung blog kesayanganku ini. Semoga anda semua sentiasa segar dan
berseri-seri. Dah ambil supplement ke? Sebelum tido ni jangan lupa amek ye...

Ok la..entri kali ini kita berkongsi cerita tentang Vitamin kecantikkan la pulak ye...sejak kebelakangan ni ramai sangat yang tercari-cari set vitamin untuk kecantikkan kulit muka ni. Almaklum la kalu dah namanya wanita, mesti la tak bleh dipisahkan dengan kecantikkan ye tak? Tak kira siapa, tua muda, belia remaja semuanya cukup obses dengan kecantikkan. Terutamanya kepada kaum isteri..Sanggup berhabis duit semata-mata untuk mendapatkan kulit muka yang cantik berseri dan bebas dari sebarang cela dan parut jerawat. Penampilan kena jaga walaupun sudah beranak pinak..bukan untuk siapa pun..untuk suami kita jugak kan?

Dengan lambakan pelbagai jenama produk kecantikkan di pasaran sekarang ni, berebut-rebut adik kakak semua untuk mencubanya...betul tak? Kalu tanya je jenama kecantikkan yang ada di pasaran, sudah semestinya akan sebut satu persatu kan? Tapi kena beringat-ingat jugak ye, takut nanti duit yang habis tapi kesan yang dapat tak sama seperti apa yang diinginkan. Kulit muka gojes yang dikejar lain pulak yang jadinya.

Untuk mengatasi semua jenis masalah kulit ni, saya sangat-sangat mengesyorkan adik kakak semua untuk mengambil Set Kecantikkan Shaklee. Kenapa saya kata begitu? Sudah diketahui umum, produk Shaklee adalah berasaskan sumber dari bahan asli dan tiada bahan tiruan. SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN DAN SENTIASA HIJAU.

Set Kecantikkan Shaklee terdiri daripada 3 komponen utama iaitu VITAMIN C, VITAMIN B dan VITAMIN E. Gabungan ketiga-tiga komponen membantu anda untuk mendapatkan kulit cantik berseri tanpa sebarang cela. Bukan hanya kecantikkan luaran je yang nak kena jaga, kecantikkan dalaman itulah yang paling utama.

Jom kita tengok peranan dan fungsi bagi setiap komponen vitamin dalam Set Kecantikkan Shaklee ni.

✤ Vitamin E

  • Menjaga kesegaran dan keanjalan kulit muka
  • Berindak sebagai agen anti penuaan. Pengambilan yang konsisten menjadikan kulit sentiasa awet muda.
  • Menghilangkan parut jerawat dan menjaga kelembapan kulit muka
  • Menghilangkan kesan cela serta melindungi kulit dari pancaran sinar ultra
  • Membantu penyerapan oksigen dengan baik
  • Menghapuskan radikal bebas yang menrosakkan kulit

✤ Vitamin B
  • Mencegah pigmentasi
  • Menyihatkan saraf dan menjadikan kulit muka tidak kusam
  • Melambatkan tanda penuaan
✤ Vitamin C
  • Menguatkan sel-sel tisu badan
  • Menjadikan ton kulit sekata dan tidak kusam
  • Sebagai bahan antioksidan yang melindungi kulit dari kekotoran akibat pencemaran
  • Memainkan peranan penting dalam pementukkan kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra matang
Secara kesimpulannya, pengambilan Set Kecantikkan Shaklee ni akan membantu anda semua mengatasi masalah-masalah ini:
  • Kulit kusam
  • Kulit kering
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Kulit berjerawat dan pigmentasi
  • Warna kulit tidak sekata
  • Keradangan kulit
  • Kulit berminyak

Set Kecantikkan Shaklee

Kat sini ada beberapa testimoni pengguna yang telah menggunakan set kecantikkan shaklee ni. Jom kita tengok apa kata mereka.

Teetimoni 1:
Tetsimoni Set Kecantikkan Shaklee

Testimoni 2:
Testimoni Set Kecantikkan Shaklee

Testimoni 3:
Testimoni Set Kecantikkan Shaklee


Untuk masalah-masalah kulit yang lain, anda juga boleh mengambil ESP dan GLA COMPLEX. Nyatakan permasalahan anda, insha Allah saya akan membantu anda untuk mendapatkan produk yang sesuai.
Untuk anda yang mempunyai kekangan bajet saya juga ada menyediakan SET PERCUBAAN  untuk anda dengan harga yang sememangnya menjimatkan.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan oder produk. KONSULTANSI pengambilan juga akan diberikan secara percuma untuk setiap pembelian Set Kecantikkan Shaklee dari saya sahaja.

Hubungi saya sekarang:
Fb: Eizan Adzan
call/sms/whatsupp: 013-467 4773
LIKE FanPage: D'MYA supplement House

Thursday 26 December 2013

BANYAK ISTIGHFAR AKAN MENJEMPUT REZEKI YANG MELIMPAH

banyak istighfar akan menjemput rezeki yanng melimpah       Seorang wanita berkata: 'Suamiku mati pada saat usiaku tiga puluh tahun dan memiliki lima
orang anak lelaki dan perempaun darinya. Dunia seolah gelap gelita dimataku dan aku menangis sehingga mataku hampir menjadi buta. Aku menyesali nasibku, aku berputus asa, kecelaruan menyelimutiku dan kesedihan menghimpitku. Anak-anakku masih kecil dan aku tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi. Aku membelanjakan dengan sangat berhemah baki harta yang ditinggalkan oleh suamiku.

Suatu hari aku masuk ke bilik untuk mendengar Al-Quran dari radio. Tiba-tiba seorang Syeikh dalam siarannya mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bemaksud;

'Barangsiapa yang banyak membaca istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar bagi setiap kesusahannya dan menjadikan kelapangan bagi setiap kesempitannya.' 

     Setelah itu aku memperbanyakkan istighfar, demikian juga dengan anak-anakku, aku perintahkan mereka melakukan perkara yang sama. Hasilnya, tidak lebih dari enam bulan kami mendapat tawaran projek untuk barang yang kami miliki dengan keuntungan yang berjuta-juta.

        Selanjutnya, anakku yang pertama dapat masuk sekolah di daerah tempat kami berada. Dia berjaya menghafal A-Quran dan menjadi pusat perhatian dan simpati orang ramai. Kini rumah kami dipenuhi dengan kebaikkan dan kehidupan kami menjadi lebih sempuna. Allah telah memperbaiki keadaan semua anak lelaki dan perempuanku. Kini lenyaplah semua kesusahan, kecemasan dan kesedihan sebelumnya begitu mencengkam diriku dan aku pun berubah menjadi wanita yang paling bahagia.

Jika anda menyerah kepada keputusasaan, anda tidak akan dapat berbuat sesuatu pun dan tidak akan dapat meraih kebahagiaan.

GASTRIK: Punca dan risikonya pada pesakit

gastrik: punca dan risiko
Arghhh!!! Gastrik menyerang lagi.
Saya pasti ramai di antara kita yang pernah mengalami gastrik. Penyakit yang menyerang jika jadual makan tidak menentu, sesuai dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa mengejar masa, sehinggakan sering terlupa untuk menjamah makanan. Apa yang boleh dilakukan jika diserang gastrik? Ye..jawapannya adalah kite perlu makan tepat pada masanya.

Tapi tahukan anda jika penyakit ini dibiarkan berlarutan, ia boleh memberikan kesan berpanjangan kepada kesihatan kita. Kajian menunjukkan jika penyakit ini dibiarkan kita akan mendapat penyakit yang lebih serius iaitu pepttic ulser atau ulser perut.

Apakah Gastrik?

Secara umumnya gastrik boleh dibahagikan kepada dua keadaan iaitu:

  1. gastritis - keradangan lapisan mukosa pada lapisan dinding perut
  2. Pepptic ulser - berlaku pada lapisan sel yang paling dalam
Jika seseorang itu mengatakan mereka ada masalah gastrik itu sebenarnya merujuk kepada gastritis.
Secara teorinya, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai nilai pH 1- pH 2 dan fungsi utama asid ini adalah sebagai agen pencernaan makanan.

Rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan yang hendak dicernakan. Apabila tiada keseimbangan kuantiti antara rembesan hidroklorik dengan kekuatan pertahanan lapisan maka seseorang itu akan mengalami gastrik.

Tanda-tanda anda diserang gastrik.

Kebiasaannya, tanda-tanda gastrik amat mudah di dapati kerana ia melibatkan keadaan ketidakselesaan di bahagian perut.
  • rasa senak, berangin dan pedih terutama di bahagian ulu hati
  • sakit dibahagian atas abdomen dan perut
  • rasa mual, loya dan muntah
  • hilang selera makan
  • penurunan berat badan
  • selalu sendawa dan kerap kentut selepas makan
  • kembung perut

Jika sakit perut dirasai ketika lapar, ini bermakna kandungan asid hidroklorik yang terlalu banyak di dalam perut. Manakala jika kesakitan dirasa selepas makan, ini bermakna lapisan mukosa sudah menjadi lemah dan anda mempunyai masalah ulser perut.

Gastrik boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja dan secara umumnya lelaki mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapinya berbanding wanita iaitu antara nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda. Masalah gastrik adalah berkait rapat dengan gaya hidup. 

Antara golongan yang berisiko menghadapi masalah gastrik ialah:
  • mereka yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama.
  • banyak merokok dan mengambil minuman keras- asap rokok dan alkohol boleh memberikan kesan yang negatif dan mencederakan lapisan mukosa.
  • sering menghadapi tekanan seperti di tempat kerja, peribadi dan sosial
  • mereka yang kerap mengambil ubatan tradisional seperti akar kayu dan herba cina. Ini kerana bahan yang terkandung di dalam ubatan tersebut telah dicampurkan dengan steroid supaya ianya cepat berkesan dan mujarab.
Sebagai langkah rawatan bagi masalah gastrik, pesakit boleh mengubah gaya hidup dan perlu menjaga pemakanan supaya penyakit gastrik tidak menjadi lebih serius.

Selain dari itu, pesakit gastrik juga digalakkan untuk mengamalkan supplement untuk mengurangkan risiko penyakit berulang. Set Gastrik Shaklee merupakan satu alternatif terbaik untuk mengurangkan penyakit ni daripada terus berulang.

Set Gastrik Shaklee terdiri daripada:

B COMPLEX

  • sebagai pelengkap vitamin yang diperlukan oleh tubuh serta memelihara kesihatan saraf.
  • bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik
  • melegakan stress dan kesakitan
  • membantu meneutralkan rembesan asid hidroklorik yang menyebabkan kepedihan pada ulu hati
  • vitamin lengkap yang mengandungi sumber kalsium, magnesium dan vitamin D
  • asid amino yang terdapat dalam ESP membantu dalam pembentukkan sel-sel baru pada dinding perut.
  • bersifat kealkalian yang tinggi membantu meneutralkan asid dan mengelakkan penipisan pada kulit perut.
Gastrik: punca dan risikonya pada pesakit

Bagi anda yang menderita penyakit gastrik ini boleh la mencuba set gastrik ini sebagai alternatif rawatan supaya ianya tidak menjadi lebih serius.

Pertanyaan, Konsultansi dan oder produk boleh hubungi saya di:

Eizan Adzan
Call/sms/wasap: 013-467 4773
Fb: Eizan Adzan
Like fanpage: D'MYA Supplement House




B Complex Sumber Asid Folic Semulajadi

B Complex Sumber Asid Folic SemulajadiUntuk entri kali ni saya akan bercerita mengenai Vitamin B Complex. Untuk pengetahuan semuaVitamin B Complex adalah sumber asid folic yang lengkap dan telah diformulasikan secara neutral dan semulajadi. B complex merupakan vitamin yang amat diperlukan terutama oleh ibu-ibu yang sedang hamil dan juga ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ini kerana B Complex merupakan vitamin anti stress terbaik. 

Kenapa B Complex dikatakan pelengkap sumber asid folic? 

B Complex telah dihasilkan secara semulajadi dengan kadar penyerapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folic yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh.
Vitamin B Complex merupakan vitamin yang larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan tetapi ianya akan disingkir dari badan melalui proses pencernaan. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil B Complex diambil setiap hari.

Vitamin B Compplex merupakan gabungan 8 komponen penting iaitu;
  1. B1 ( Thiamin )                           
  2. B2 ( Riboflovin )
  3. B3 ( Niacin )
  4. B5 
  5. B6 ( Pyridoxine )
  6. B12 ( Cobalamine )
  7. Asid folic
  8. 100% biotin
B Complex Sumber Asid Folic Semulajadi


Kesemua komponen ini diperlukan untuk mendapatkan kesimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Secara umumnya, Vitamin B Complex ini membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh serta mendapatkan saraf yang sihat. Disebabkan di dalam Vitamin B Complex ni banyak komponen 'B' maka ia juga diberikan gelaran vitamin for Beauty.

Gejala kekurangan Vitamin B pada kesihatan kita antaranya ialah;
  • hilang selera makan
  • sentiasa letih dan lesu
  • kemurungan / despression
  • insomnia
  • kerengsaan usus
  • masalah sembelit
  • lemah sistem saraf
  • pembentukkan sel yang abnormal
  • perasaan cepat tersinggung
  • hilang fokus
Oleh kerana Vitamin B Complex ni merupakan vitamin yang larut air, maka ianya akan mudah hilang dari badan iaitu melalui perpeluhan dan juga kencing. Oleh sebab itu pengambilan makanan yang mengandungi banyak Vitamin B adalah sangat penting tetapi apa yang dirisaukan adalah nutrientnya yang akan hilang setelah melalui pelbagai proses termasuk cara masakan.

Apakah manfaat utama Vitamin B Complex kepada tubuh kita?
  1. Menukarkan makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  2. Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  3. Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yangsihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  4. Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  5. Baik untuk mata - mengurangkan keletihan mata, mencegah ketarak,meningkatkan kualiti penglihatan dan daya konsentrasi.
  6. Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi yang kuat.
  7. Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut ( PMS ), meredakan kerisauan dan kegelisahan terutama kepada mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  8. Mencegah perlcche - juga dikenali sebagai rekahan mulut, mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau.
  9. Meredakan alahan
Vitamin B Complex merangsang metabolisma, dengan mengambil Vitamin B Complex tubuh akan mengeluarkan haba, badan akan menjadi cepat letih dan lesu serta haus. Oleh sebab itu, adalah sangat digalakkan untuk memperbanyakkan pengambilan air kosong sepanjang mengamalkan vitamin B Complex. 

Pengambilan Vitamin B Complex secara berterusan akan memberikan kesihatan menyeluruh terutama untuk sistem saraf kita. So, tak perlu ragu-ragu untuk mengamalkan Vitamin B Complex Shaklee ini. 

Hubungi saya hari ini untuk mendapatkan Vitamin B Complex.

Call/sms/wasap: 013-467 4773 ( eizan )
Fb: Eizan Adzan ( add friend saya dulu ye! :) )

Tuesday 24 December 2013

Bahaya Kemurungan selepas bersalin

Bahaya kemurungan selepas bersalinKemurungan atau juga disebut sebagai meroyan adalah satu keadaan serius selepas bersalin.
Kebiasaannya kemurungan atau meroyan ni akan berlaku dalam bulan pertama selepas kelahiran. Kemurungan seringkali dikaitkan dengan 'baby blues' tetapi sebenarnya ia berbeza sama sekali. Dalam 'baby blues' anda biasanya akan mengalami kesukaran untuk tidur, moody, berasa sedih dan keletihan. Walaubagaimanapun anda tetap merasa gembira dengan kelahiran itu. Keadaan 'baby blue' cuma berlaku di antara 1 - 2 minggu sahaja.

Kemurungan atau meroyan ( Postpatrum Desppresion ) pulak satu keadaan di mana anda akan merasa sedih yang keterlaluan, merasakan diri tidak berguna sama sekali, merasa putus harapan serta merasa tertekan. Jika keadaan ini berlaku, anda seharusnya mendapatkan rawatan segera di hospital kerana semakin dibiarkan, kemurungan ini akan menjadi penyakit yang serius.

Apakah simptom atau tanda-tanda berlakunya kemurungan/meroyan?

Perubahan hormon yang berlaku kepada ibu-ibu selepas bersalin adalah perkara biasa tetapi jika anda merasakan perubahan ini berlaku pada anda ini bermakna anda berisiko untuk menghadapi kemurungan serius. Simptom dan tanda-tanda awal kemurungan adalah berbeza bagi setiap ibu.

  • Seringkali berasa sedih tanpa sebab
  • berasa putus harapan dan kecewa
  • berasa letih dan penat
  • seringkali moody
  • seringkali berasa bersalah
  • sering muram, resah dan gelisah
  • kurang bermaya dan hilang minat terhadap sesuatu perkara
  • hilang selera makan dan penurunan berat badan
  • hilang fokus
Apakah yang menyebabkan kemurungan atau meroyan?

Punca sebenar kemurungan tidak dapat dikenal pasti kerana tidak semua ibu-ibu yang lepas bersalin mengalaminya. Adakalanya ia disebabkan oleh perkara-perkara biasa yang dialami dan dirasakan sebagai tekanan. Antaranya adalah seperti:
  • mengalami kemurungan akibat dari kelahiran yang terdahulu
  • kurang mendapat sokongan suami atau ahli keluarga yang lain
  • mendapat bayi yangdilahirkan pra-matang dan tidak sihat
  • mengalami tekanan perasaan
  • mengalami pengalaman kelahiran yang rumit dan mengalami masalah kesihatan selepas bersalin
  • mengalami masalah keewangan, pekerjaan dan perhubungan dengan suami
  • mengalami kesukaran menyusu badan
  • mengingati peristiwa sedih yang melanda seperti kematian ahli keluarga semasa anda kecil
Bagaimana kemurungan atau meroyan selepas bersalin dapat dirawat?

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kemurungan, rawatan segera haruslah diberikan supaya ia tidak menjadi lebih serius. Kemurungan selalunya dirawat dengan ubat anti murung serta diberikan kaunseling oleh pakar psikatrik.

Sekiranya anda seorang ibu yang mengalami sindrom kemurungan ini, janganlah merasa rendah diri. Ini bukanlan bermakna anda seorang ibu yang tidak baik. Ramai yang mengalami masalah seperti anda, tetapi ianya perlu mengambil masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya. 

Jika anda disahkan mengalami kemurungan, anda boleh membantu diri sendiri untuk mengatasinya.
Antara cara yang boleh dilakukan ialah:
  • Dapatkan rehat yang secukupnya
  • Ambil makanan yang sihat dan seimbang
  • Cubalah melakukan senaman walaupun ianya agak berat untuk dilakukan
  • Cuba dapatkan informasi dan tip-tips dari ibu-ibu yang lain
  • Bersikap baiklah terhadap diri sendiri.
Jagalah diri anda sebaik-baiknya semasa hamil dan cubalah elakkan stress yang keterlaluan dan sebaik mungkin cubalah untuk menerima bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diterima, maka lebih tinggilah keyakinan anda untuk menempuh saat kelahiran itu.

Sebagai alternatifnya, Set Berpantang Shaklee dapat membantu anda mengurangkan stress selepas bersalin serta dapat mengelakkan dari masalah kemurungan ni.

Bahaya kemurungan selepas bersalin



Petua mudah nak tidurkan anak

Salam semua mommies yang gorges...

Sering kali kita menghadapi masalah untuk tidurkan anak tanpa bantuan buaian atau pun menyusu kan..sama juga dengan masalah saya...amat sukar untuk tidurkan anak saya kalau tanpa bantuan buaian ataupun dengan menyusu...memang boleh jadi gile sekejap kan bila anak tak mahu tidur tambahan pulak bila dah lewat malam..adoii,,,sakit kepala dibuatnya.

Hari ni saya nk share dengan mommies semua petua mudah untuk  menidurkan anak. Petua ni pun dah saya amalkan dan alhamdulillah ianya berhasil. Boleh la dijadikan panduan buat ibu-ibu dan juga bakal ibu.


===============
Petua mudah nak tidurkan anak
===============

  1. Tukarkan lampin yang baru dan bersih
  2. Lap badan anak dengan kain / tuala basah dan tukarkan dengan baju baru dan bersih
  3. Sapukan losyen/minyak angin dan urut secara lembut di bahagian belakang dan perut anak anda.
  4. Jika masih tidak tidur, buatkan urutan lembut di bahagian tapak kaki dan betis si manja anda.
  5. Urutan lembut pada tapak kaki, betis, perut dan belakang anak boleh menghilangkan ketidakselesaan pada anak anda.
  6. Letakkan bayi dalam keadaan mengereng kerana itu adalah keadaan yang paling baik untuk menidurkan bayi anda. Cuba lah untuk tidak menggunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan anak anda.
  7. Tepuk perlahan-lahan, dan kalu boleh alunkan dengan nyanyian lembut atau berselawat, berzikir hingga bayi tidur.
Ini lah yang selalu saya lakukan untuk tidurkan Muhammad Yusuf Akif.

cara urutan bayi boleh lihat pada gambarajah di bawah ni...

Petua mudah nak tidurkan anak


Sakit Sendi dan Lutut hilang dengan Set Sendi Shaklee

Osteoartristis atau penyakit sendi sering kali menyerang golongan-golongan yang sudah mencapai umur 40 tahun. Namun begitu ada juga golongan muda yang mendapat kesakitan ni akibat dari gaya hidup yang tidak menentu. Jika anda selalu mengalami sakit tulang belakang, lenguh2 kaki dan tangan, jangan dibiarkannya berlarutan kerana anda mungkin berisiko diserang penyakit sendi ini.

Apakah yang dikatakan Osteoatritis ni?

Proses Osteoartitis ni bermula dengan penghausan tulang rawan pada sendi. Tulang rawan yang bertindak sebagai kusyen di antara sendi yang membolehkan sendi bergerak lancar.
Apabila tulang rawan telah haus dan nipis, maka ruang di antara sendi akan menjadi sempit. Ini akan mengakibatkan tulang bergesel antara satu sama lain. Geselan yang terhasil ini akan menyebabkan kesakitan pada sendi dan pembentukkan tulang baru pada hujung tulang menyebabkan pembengkakkan pada sendi.

Sakit sendi dan lutut hilang dengan set sendi Shaklee


Siapa yang berisko mendapat penyakit ini?

Mereka-mereka yang telah berumur dan mempunyai berat badan yang berlebihan berisiko untuk mendapat penyakit sendi ini. Kebiasaanya, golongan wanita lebih awal mendapat serangan penyakit ini berbanding dengan golongan lelaki, malahan boleh menjadi lebih teruk.


Apakah tanda-tanda Osteoatritis atau sakit sendi?

  • Sakit pada sendi apabila digerakkan
  • Ketidakstabilan pada sendi
  • Pergerakkan sendi terhad
  • Terjadi bengkak sendi pada satu atau banyak bahagian sendi
  • Sendi berbunyi apabila digerakkan
  • Bahagian sendi menjadi kemerah-merahan dan panas
  • Berlaku kekejangan atau kebas bila berdiri atau duduk pada posisi yang sama dalam jangkamasa yang lama
  • Sakit sendi yang sentiasa berubah tempat dan kerap pada sendi
  • Keadaan menyucuk pada bahagian hujung badan
  • Sakit sendi dan bengkak sendi pada bahagian sendi pinggang, lutut, tulang belakang dan siku serta hujung jari bagi wanita

Antara punca-punca berlakunya sakit sendi ialah:
  • Faktor usia - Sakit sendi lebih kerap berlaku pada wanita yang berumur 50 tahun dan ke atas. Osteoatritis atau sakit sendi ni jarang berlaku di usia bawah 40 tahun.
  • Penambahan berat badan atau obesiti yang mana sendi tidak mampu menampung berat badan yang berlebihan
  • Penyakit radang sendi yang lain seperti rheumatoid atrhitis dan jangkitan kuman.
  • Kecederaan sendi akibat kemalangan.

Adalah sangat penting untuk mengurangkan bebanan ke atas sendi. Penurunan berat badan amat perlu untuk mengurangkan risiko peyakiit sendi terutama di bahagian lutut. Rawatan sakit sendi adalah bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan sendi agar fungsi sendi dapat dikekalkan. 

Antara rawatan yang boleh dilakukan ialah:
  • Mengurangkan berat badan jika ianya berpunca dar lebihan berat badan
  • Melakukan senaman yang sesuai 
  • Suntikan di sendi jika perlu
  • Pembedahan ke atas sendi-sendi yang telah hilang fungsi untuk mengembalikan fungsi sendi dan menghilangkan kesakitan
  • Menggunakan alat bantuan pergerakkan yang disarankan oleh doktor atau pakar perubatan
Rawatan amat diperlukan oleh pesakit sendi untuk melegakan kesakitan mekanikal berkaitan dengan sakit sendi lutut, walaubagaimanapun, rawatan ini terpaksa diulangi bila perlu kerana kesannya adalah untuk sementara waktu sahaja.

Pesakit sendi atau Osteoatritis mungkin cenderung untuk mengalami masalah2 ini jika tidak diberikan rawatan.
  • Gangguan fungsi sendi akan menghadkan pergerakkan pesakit.
  • Pergerakkan dalam melakukan akitiviti harian akan terbatas seperti berjalan, menaiki tangga, duduk, bersila dan sebagainya.
  • Hilang upaya untuk menjalani aktiviti harian dan terpaksa bergantung kepada orang lain.
  • tekanan mental dan kemurungan
Selain dari menerima rawatan seperti yang dnyatakan di atas, terdapat juga cara rawatan yang lain iaitu dengan mengamalkan Set Sendi Shaklee.

set sendi shaklee


Set Sendi Shaklee melindungi sendi dengan 3 langkah iaitu:

Kaedah #1: Mengekalkan tulanng rawan yang sihat

  • melindungi tulang rawan
  • menyokong keselesaan sendi
  • bertindak sebagai kusyen untuk melancarkan pergerakkan sendi
  • memberikan kelegaan kepada sakit sendi
  • mengandungi glucosamin yang bertindak melicinkan pergerakkan sendi
Kaedah #2: Mengurangkan inflamasi

Omega Guard- omega yang membantu melambatkan degradasi tulang rawan, juga membantu mengurangkan reaksi keradangan sendi.
  • menyokong fungsi glucosamin untuk mengekalkan kesihatan sendi
  • mengelakkan tulang rawan dari cepat merosot
  • membantu mengurangkan sakit sendi dan keradangan
Kaedah #3: Mengekalkan set tulang yang sihat

Ostematrix- sumber kalsium penting untuk keperluan tulang, otot serta ligemen. Magnesium di dalam ostematrix pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi
  • membekalkan sumber kalsium penting untuk tulang
  • memberikan fungsi sendi yang kuat
  • mengurangkan sakit sendi kan keradangan
  sakit sendi dan lutut hilang dengan set sendi shaklee


Oleh itu, jangan pandang remeh dengan setiap kesakitan pada sendi..jangan biarkan kesakitan sendi menghalang dan mengganggu pergerakkan anda serta insan2 tersayang. Jadikan set sendi shaklee ni sebagai salah satu hadiah untuk ibubapa anda, laburkan sedikit untuk kesihatan mereka. Kesihatan mereka adalah kebahagiaan pada kita. Tak perlu berfikir panjang untuk memberikan yang terbaik untuk mereka.

Pencegahan awal adalah pelaburan untuk kesihatan kita serta ibu bapa kita pada masa akan datang. Sama ada kita mengidap sakit sendi atau tidak, adalah penting untuk memberikan nutrisi yang baik untuk tulang kita seiring dengan peningkatan usia kita.

Dapatkan set sendi Shaklee sekarang dengan harga yang paling istimewa dari saya untuk anda semua.

Pertanyaan, konsultansi serta pembelian boleh hubungi saya:

Call/sms/wasap: 013-467 4773 ( eizan )
Klik LIKE fanpage saya untuk info terkini.
Boleh juga jadi rakan FB saya untuk chatting berterusan.

Sakit sendi hilang dengan AJHT

Assalamualaikum semua..
Dah lama tak mengupdate blog kesayanganku ni...sebenarnya banyak benda yang nak dikongsikan dengan anda semua..terutama tentang kepentingan mengambil supplement serta kebaikkan produk Shaklee ni. Baik lah..saya akan kongsikan sikit demi sedikit dulu ye...

Entri kali ni saya nak berkongsi dengan anda semua kisah mak saya yang dulunya menderita sakit dan bengkak di sendi lutut.

Mak menderita sakit lutut

Sakit lutut mak memang serius..bukan saja sakit tapi juga bengkak dikedua2 belah lutut mak..nak berjalan pun menyiksakan...memang kesian melihat keadaan mak masa tu...untuk pengetahuan mak saya ni jenis yang terlalu kuat bekerja sejak dari zaman mudanya dulu..nak katakan badan mak ni besar, xde la sangat..biasa2 je..tapi dari sehari ke sehari bengkak lutut mak menjadi tambah serius.
Kami membawa mak ke hospital..doktor hanya bagi mak ubat dan cucuk je...ubat yang dibekalkan ni hanya cukup membuatkan hilang sakit dan lutut mak baik tetapi hanya sementara saja. Lepas seminggu sakit dan bengkak datang lag..boleh dikatakan hampir setiap minggu mak mesti akan ke hospital untuk ambil ubat dan cucuk..bukan saja rawatan di klinik kerajaan, ke klinik swasta,klinik pakar sume nya dah kami bawak..tapi masih xde pape kesan. Pendek kata, dah banyak duit dihabiskan untuk rawatan mak.

Sakit sendi hilang dengan AJHT

Sakit sendi hilang dengan AJHT

Supplement Advanced Joint Health Tablet ( AJHT )

Setelah semua ikhtiar untuk merawat mak tak berkesan, akhirnya saya nekad untuk membelikan sebotol AJHT ni pada mak..setelah membaca banyak info dan testimoni pengguna mengenainya saya amat yakin dengan kandungannya...
Setelah hampir dua minggu mak mengamalkan AJHT ni, mak dengan gembiranya memberitahu saya yang bengkak kat lututnya dan beransur hilang dan sakit sendi yang dirasainya selama ini sudah tiada lagi...dan yang paling menggembirakan sekali, kata mak dia sudah boleh berjalan cergas dan boleh melakukan kerja2 berat. Sekarang ni makdah tak perlu berulang alik ke klinik untuk ambil ubat dan cucuk lagi..alamdulillah, akhirnya mak telah bertemu dengan penawar sakit sendinya itu...sebagai anak tiada yang lebih gembira selain dari melihat kesihatan mak bertambah baik.

Sakit sendi hilang dengan AJHT

Sakit sendi hilang dengan AJHT

Harus diingat ye, sakit sendi ni bukan hanya menyerang golongan-golongan yang sudah berumur..orang-orang muda pun boleh mengidap penyaki sendi ni..bagi anda yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda berisiko untuk mendapat penyakit sendi terutama golongan muda yang berumur antara 25 - 40 tahun.
Bagi anda yang selalu melakukan kerja-kerja berat, selalu sakit belakang terutama selepas seharian melakukan kerja-kerja harian, risiko untuk, ini juga merupakan salah satu punca untuk anda mendapat penyakit sendi.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda terutama yang mempunyai tanda2 penyakit sendi ni tentang kebaikkan AJHT ni.
Jika anda sendiri telah berusia 40 tahun dan ke atas dan mahu melakukan pencegahan awal untuk mengelakkan penyakit sendi dan lutut ni, anda mungkin boleh mengambil dan mencuba Advanced Joint Health Tablet ( AJHT )  dari Shaklee ni.

Badan kita ni kan umpama enjin, jika tak diletakkan minyak pelincir yang betul, semuanya akan sangkut..bayangkan kalu nak melakukan aktiviti harian pun dah terbatas, macam ne nak meneruskan kehidupan yang sementara ni kan? So, ambil la langkah pencegahan dari sekarang.

Di sini saya kongsikan 10 kebaikkan AJHT ni.
Ubat sakit sendi yang paling HOT.

  1. Menyokong keselesaan sendi
  2. Membantu kekalkan tulang rawan
  3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. Melancarkan pergerakkan harian
  5. Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan ( ujian klinikal dah dibuat ye )
  6. Menghalang pembentukkan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. Anti radang semulajadi
  8. Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. Memberikan kekuatan kepada struktur sendi
  10. Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina     ( penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.

Advanced Joint health Tablet ( AJHT )

Pesan saya pada anda yang dah termasuk dalam golongan-golongan 'senior' tu, jagalah pemakanan anda...cubalah ambil makanan yang boleh membantu dalam penghasilan lendir di sendi-sendi...bila sendi dah kehilangan lendir ni, semua anggota badan tak boleh nak berfungsi dengan baik lagi..kalu anda susah dan cari makanan tu, cuba la AJHT ni, jangan risau, tiada kandungan alkohol di dalamnya..

Jom kita tengok apa kandungan yang terdapat dalam AJHT ni.

  • Ekstrak jagung ( Glucosamine ) - komponen penting dalam pembinaan tulang rawan dan bendalir sinovial.
  • Zink, Tembaga dan Mangan - Co factor bagi enzim yang membina kolagen komponen tisu penyambung.
  • Ekstrak Boswella - Menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi serta membekalkan pelincir
  • Vitamin C - merupakan nutrient penting dalam sintesis kolagen
so, xde masalah la untuk diambil secara non-stop ye...

Lagipun harga AJHT ni pun tak la mahal sangat...harga runcit RM126 sahaja..tapi kalu nak dapatkan harga yanglebih murah, contact la saya..inshaAllah hanya yang terbaik untuk anda...selain dari tu saya juga akan kongsikan dengan anda semua cara pengambilan yang betul dan berkesan...segala perkongsian dan konsultansi tu akan saya berikan secara free of charge..hihi..sebab saya sayang custemer saya.


Untuk hubungi saya, 
Call/sms/wasap 013-467 4773 ( eizan )
Supervisor at Shaklee Malaysia
ID no: 891 397