Tuesday 26 August 2014

Tips Cantik dengan Shaklee

Assalamualaikum semua.

Rasanya dah terlalu lama saya tidak menulis entri di blog kesayangan saya ni. Kekangan masa menghalang saya untuk menjengahnya namun begitu banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama2 para pembaca semua.
 
Ok lah..disebabkan hari ini saya dah mula ada kelapangan saya ingin berkongsi sesuatu yang saya rasa semua orang akan sukakannya...terutamanya kaum hawa...tentang apa?
Kalu ada kaitan dengan kaum hawa tu sudah tentu lah tentang kecantikkan.
 
Saya percaya rata2 kaum hawa di luar sana sudah ramai yang sudah berdampingan dengan produk kesihatan dan kecantikkan Shaklee...betul x? Al-maklum le, sekarang ni kan Shaklee dah jadi satu fenomena luar biasa di Negara kita ni. Sebut je Shaklee, setiap pelusuk pastinya akan bercakap tentang kehebatan produk ni.
 
Baik lah...hari ni saya nak kongsikan sikit tips macam ne anda semua boleh mengekalkan kecantikkan dan keremajaan kulit dengan produk Shaklee ni.
 
Nak cantik ni sebenarnya bukanlah susah sangat pun...yang paling penting adalah rajin je..hihi...saya sendiri pun sama jugak. Pengguna2 Shaklee sangat beruntung tau sebab produk ni boleh digunakan untuk kecantikkan luaran dan dalaman....di makan boleh...nak buat masker pun boleh. Bila kita  dah buat sendiri ni sudah tentu la kebersihannya terjamin kan?
Ok...sekarang dah tak yah pening2 nak pikirkan cara nak cantikkan kulit tu...kat sini ada beberapa resepi masker yang boleh anda cuba sendiri. Apa tunggu lagi..jom kita bermasker!

Tips cantik dengan Shaklee


  • ESP + Yogurt + Vitamin E = Kulit yang lembut dan bebas dari jerawat
  • ESP + Yogurt = Kulit yang lembut dan tona kulit yang sekata
  • Vitamin C = Campurkan dengan air atau ESP dan ratakan keseluruh kulit muka dan kesannya kulit akan menjadi cerah dan sekata serta bebas dari jerawat.
  • Collagen Powder = campurkan dengan air dan ratakan kesluruh kulit muka dan kesannya kulit akan jadi lebih cerah berseri, anjal dan kulot bebas dari jerawat.
  • Vivix = sapu keseluruh muka dan kesannya kulit akan cerah berseri dan awet muda.

Ok ..selamat mencuba ye!

Tuesday 11 February 2014

PERADUAN SHARE & WIN SHAKLEE

Share & Win

PERADUAN MEMENANGI SET KECANTIKKAN SHAKLEE

1)LIKE PAGE:
...
https://www.facebook.com/pages/DMYA-supplement-House/148698705337615?ref=hl

2) SHARE GAMBAR KE WALL FB ANDA

3) NYATAKAN SLOGAN 'SAYA SUKAKAN SHAKLEE KERANA...................'

4) MINTA RAKAN-RAKAN ANDA LIKE POST ANDA

PEMENANG AKAN DIKIRA BERDASARKAN LIKE YANG PALING BANYAK

TARIKH PERADUAN

17 FEB - 17 MAC 2014
 
SET SKIN CARE
 
 
Jika berminat untuk menyertai peraduan ini sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
call/whatsapp saya 013-467 4773

Monday 10 February 2014

Jika Aku Tidak Sempat Membayar Hutang

Dalam satu riwayat diceritakan, pada suatu hari anak Khalifah umar al-Khatab pulang dari tempat pengajian sambil menangis teresak-esak. ketika Umar bertanya mengapa dia menangis,anaknya menjawab,

'Teman-teman sekolah menghitung tampalan bajuku sambil mengejek. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin, bajunya koyak dan bertampal-tampal.'

Mendengar keluhan si anak, tercetus rasa kasihan dalam hati Umar. Kemudian Umar mengirimkan sepucuk surat kepada Bendahari Negara meminta untuk pinjaman sebanyak empat dirham dengan jaminan gajinya bulan hadapan akan dipotong.

Bendaharai Negara membalas surat Umar yang anataranya beliau menulis,
'Wahai Umar, adakah engkau sudah memastikan akan hidup sampai bulan depan? Bagaimana kalau engkau meninggal dunia sebelum engkau membayar hutangmu? Apakah yang akan kau lakukan terhadap hutangmu di hadapan Allah.?"

Selepas membaca surat itu, Umar menangis lalu memujuk anaknya,
" Pergilah ke sekolah seperti biasa wahai anakku, kerana aku tidak dapat menghitung umurku walaupun sejam lagi".

Tuesday 28 January 2014

11 Cara Turunkan Berat Badan

11 csrs turunksn berst badanSetiap orang  perlu mengambil berat tentang masalah kesihatan yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Jika
gagal, pasti anda akan menerima nasib yang sama. Apalagi jika nafsu makan anda semakin bertambah dua atau tiga kali ganda terutama di musim perayaan khususnya Hari Raya.

Umum masyarakat kita masih tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam tentang masalah kegemukan. Kegemukan bukan hanya sekadar tubuh bersaiz L atau XXL, malah lebih dari itu. Ia menjadikan tunuh badan nampak lebih besar, tidak bergaya dan mempunyai perwatakan yang kurang menarik.

Masalah utama masyarakat Malaysia sekarang ni adalah obesiti. Rata-rata mereka yang mempunyai saiz tubuh yang besar cenderung untuk mengalami Obesiti. Obesiti mempunyai kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan. Ia boleh mempengaruhi emosi yang menyebabkan seseorang itu akan hilang keyakinan diri dan tidak dapat menjalani dan menikmatai kehidupan yang normal dan aktif. Masalah kegemukan juga boleh mendedahkan mereka kepada gejala penyakit lain seperti diebetes, sakit jantung, darah tinggi dan kanser.

INDEKS JISIM TUBUH ( BMI )

Untuk mengetahui tahap kegemukkan tubuh, seseorang itu boleh mengira peredaran lemak atau menggunakan kaedah pengiraan Indeks Jisim Tubuh ( BMI ).

BMI ialah ukuran berdasarkan ketinggian dan berat badan seseorang. Ianya boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

BMI = Berat badan ( kg )
------------------------
Ketinggian ( m) x Ketinggian ( m )

Cara-cara untuk mengiranya:
1. Tmbangberat badan dalam kilogram
2. Ukur ketinggian dalam sentimeter
3. Kira BMI dengan menggunakan formula yang diberi

Berat badan anda akan dinilai seperti berikut:

  • BMI kurang dari 18.5   -  anda mengalami KURANG berat badan
  • BMI 18.5 - kurang 25     -  berat badan unggul
  • BMI 25 - kurang 30       - berat badan berlebihan
  • BMI 30 dan ke atas       - Obesiti / gemuk

TIP KAWAL PEMAKANAN

11 cara turunkan berat badan
Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, anda perlu mengambil tindakan berikut untuk menurunkannya ke tahap yang sesuai.

1. Bertekadlah untuk menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.
    Contohnya kurangkan 1/2 kg dalam masa seminggu. Jangan sesekali menguruskan badan dengan
    mengambil makanan ringan yang boleh memudaratkan kesihatan.
2. Makan pelbagai makanan yang rendah kalori dan tinggi kandungan nutriennya.
3. Makan nasi, roti atau bijirin tanpa tambahan lemak dan  gula
4. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
5. Elakkan mengambil minuman beralkohol
6. Elakkan mengambil makanan ringan di antara waktu  makan
7. Ikuti masa makan yang tetap
8. Gunakan pinggan yang kecil dan elakkan makan di depan televisyen
9. Isikan masa lapang dengan aktiviti bagi mengelakkan anda mengingati masa makan / keinginan untuk
    makan 
10. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak gula
11. Sentiasa bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu

Selain dari itu anda juga disarankan untuk mengambil supplement untuk menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. Di Shaklee Set Slimming disediakan untuk anda yang inginkan berat badan yang ideal tanpa perlu berdiet dengan teruk dan yang pastinya ianya selamat dan inshaAllah berkesan. 

KLIK SINI mendapatkan info lengkap tentang Set Slimming dan melihat testimoni pengguna yang telah menggunakan dan berpuas hati dengannya.

Hubungi saya untuk oder produk serta dapatkan konsultansi tentang cara pengambilan supplement tersebut.

Call/sms/whatsapp: 013-467 4773
Add FB saya Eizan Adzan untuk berchatting secara terus dengan saya
KLIK LIKE fanpage D'MYA supplement House


Monday 27 January 2014

KAROTENA dan kepentingannya dalam pembentukkan tubuh kanak-kanak

Assalamualaikum semua...
KAROTENA
Macam biasa la hari ni saya ingin kongsikan sesuatu yang saya rasa amat penting bagi kita semua sebagai ibu bapa tentang pentingnya menjaga pemakanan bagi anak-anak kita.

KAROTENA. Kenapa ianya penting diambil dalam menu harian kanak-kanak bagi membekalkan vitamin untuk perkembangan dan pembentukkan tubuh mereka?

Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui langsung atau tidak pernah mendengar tentang karotena dalam dunia pemakanan. Karotena adalah sejenis pigmen hidrokarbon yang berwarna kuning, jingga atau merah dan terdapat secara semulajadi di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Karotenan juga dikenali sebagai bahan asas untuk pembentukkan Vitamin A.

Menurut pakar pemakanan IJN, karotena dan vitamin A sebenarnya adalah perkara yang sama. Tetapi ramai lebih mengetahui tentang khasiat dan kepentingan vitamin A berbanding karotena.. Menurut beliau, karotena dikenali apabila ia berada di dalam sumber makanan dan apabila seseorang itu memakan sumber tersebut vitamin A akan terhasil dalam badan individu itu. Usus dalam badan manusia merupakan mekanisme untuk menukarkan karotena menjadi vitamin A.

Karotena boleh didapati daripada sayuran dan buah-buahan merah seperti lobak merah, tomato, ubi keledek, labu, mangga dan lain-lain. Sumber yang terbaik mengandungi karotena ialah cecair kolostrum iaiatu susu yang keluar antara 2 hingga3 hari selepas ibu bersalin. Oleh sebab itulah ibu-ibu digalakkan menyusu bayi dengan susu badan.

karotena


Kebaikan Karotena

Karotena di dalam badan manusia terdiri dari Beta karotena, Alfa Karotena, Gamma karotena, Likopen dan Lutein.
Beta karotena adalah yang paling utama diperlukan oleh kanak-kanak, ini kerana beta karotena adalah penyumbang kepada penghasilan vitamin A

Kedua-dua Karotena dan Vitamin A ini mempunyai khasiat yang sama iaitu:

  • bertindak sebagai anti oksida yang boleh mengawal radikal bebas serta risiko bagi penyakit kanser dan jantung.
  • meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan kanak-kanak
  • membantu menajamkan penglihatan.
  • membantu memberikan kesihatan dan tumbesaran normal bagi kanak-kanak
Kekurangan karotena dalam zat pemakanan menyebabkan kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit.

Namun begitu ada juga kesan sampingan sekiranya kanak-kanak itu mengambil lebih karotena dalam makanan seperti lobak merah. Tetapi tidak ada kesan buruk pada tubuh badan mereka kecuali warna kulit akan nampak kekuningan.

Pengambilan karotena amat digalakkan kepada kanak-kanak. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak memakan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi karotena untuk memastikan kesihatan anak-anak di tahap yang baik. 
Jika anak-anak tidak menggemari sayuran dan buah-buahan yang mengandungi khasiat karotena, maka ibubapa disarankan membrikan mereka multivitamin.

Secara umumnya kanak-kanak disarankan agar mengambil beta karotena dalam apa jua bentuk sekalipun sebanyak 3mg sehari. Misalnya  mengambil buah betik sekurang-kurangnya 12.5mg, bayam sebanyak 60gm ditambah dengan jagung sebanyak 150gm atau sayur-sayuran lain yang mengandungi kadar karotena jenis lutien yang tinggi sebanyak 10 hingga 30mg.

Kanak-kanak juga digalakkan untuk mengambil supplement yang mempunyai vitamin A untuk memastikan mereka dilindungi dari sebarang jangkitan penyakit.
KLIK SINI untuk mendapatkan info tentang supplement yang sesuai untuk si manja anda.

Hubungi saya untuk info lanjut dan oder produk. Hanya yang teristimewa untuk si manja kita.

Call/sms/whatsapp saya 013-467 4773
Add FB saya Eizan Adzan untuk berchatting secara terus dengan saya
KLIK LIKE page: D'MYA supplement House

Sunday 26 January 2014

Omega Guard melegakan Bronkitis

Assalamualaikum semua pembaca blog Luvaabizshoppe.blogspot.com.
Semoga anda semua berada di dalam lindungan dan keberkatanNYA sentiasa. Hari ini dengan hati yang gembira saya ingin berkongsi testimoni seorang ibu merangkap pengguna Omega Guard dengan anda semua.

Alhamdulillah, dengan mengamalkan Omega Guard, masalah Bronkitis anak Puan Nurulhuda telah hilang. Tak perlu menggunakan inhaler untuk melegakan penyakit yang dihidapinya. Adalah lebih baik kita mengamalkan rawatan secara natural.

Omega Guard melegakan Bronkitis

Pada anda yang baru berkenalan dengan Omega Guard, jom saya review sikit tentangnya.

Omega Guard ini adalah sejenis minyak ikan omega yang merupakan sejenis asid lemak penting yang mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting dalam merangsang perkembangan memori dan penajaman minda. Namun begitu k3edua-dua DHA dan EPA ni tidak mampu dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan kita. Ianya hanya boleh di dapati dari sumber lain dan sumber terbaik bagi DHA dan EPA ini adalah dari haiwan seperti ikan berbanding sumber makanan lain seperti sayuran. Ini kerana tumbuh-tumbuhan tidak boleh menukarkan enzim di dalam tubuh.

Antara manfaat utamanya ialah meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
Omega Guard dapat mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah/asma, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggan.


Omega Guard melegakan bronkitis

Sebagai seorang ibu tentunya kita inginkan yang terbaik untuk si manja kita kan? Apatah lagi bila si manja kita menghidap sesuatu jenis penyakit tak kira lah penyakit tersebut serius atau tidak, si ibu lah yang akan lebih merasa kesakitan itu. Ibu akan melakukan apa saja demi untuk melihat si manjanya tersenyum dan bermain dengan riang tanpa sebarang gangguan.

Lebih banyak info dan testimoni pengguna boleh dilihat di sini http://luvaabizshoppe.blogspot.com/search/label/OMEGA%20GUARD

Call/sms/whatsapp: 013-467 4773
Atau add FB saya https://www.facebook.com/eizanadzannorizan.razali untuk berchatting secara terus dengan saya
KLIK LIKE fanPage saya: D'MYA supplement House


Tips Mata Cantik Menawan

Tips mata cantik menawanMata adalah salah satu aset penting dalam menjaga kecantikkan muka. Pada kebiasaanya, apabila kitamengalami tekanan atau kepenatan, akan muncul kantung di bawah mata selain dari lingkaran gelap di sekitar mata yang dengan secara tak langsung akan menampakkan wajah yang kusam dan tidak bermaya.

Lingkaran gelap ini dipengaruhi oleh beberapa faktor selain penat dan stress. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan lingkaran gelap ini ialah terlalu banyak merokok, minum minuman berkafein, kurang tidur, kurang nutrisi, terlalu banyak pengambilan garam dan mungkin juga disebabkan oleh faktor genetik.

Untuk menghindari masalah ini, beberapa tips boleh diikuti dan mungkin juga akan dapat mengatasi  masalah lingkaran hitam di bawah mata anda:

  1. Segarkan mata sebelum mengenakan sebarang solekan dengan mengambil hirisan timun atau kentang yang disejukkan atau teh celup yang terpakai di atas mata selama 10 - 20 minit.
  2. Sembunyikan kawasan hitam dengan kebijaksanaan anda menggunakan pembayang mata.
  3. Selain itu anda boleh menggunakan 'concealer' untuk menutupi lingkaran hitam atau bintik-bintik hitam di bawah mata anda.
  4. Aplikasi penggaris mata di bahagian atas dengan warna gelap dan pakai maskara pada bulu mata atas. hindari penggaris mata dan maskara pada bulu mata bawah yang boleh menyebabkan kesan lebih menonjol.
  5. Gunakan juga bedak asas dan gincu seperti biasa untuk memberikan kesan alami pada wajah anda.
Tips Mengurangkan Kantung Mata
  1. Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi alkohol dan kafein
  2. Pastikan anda mendapat rehat an tidur yang mencukupi antara 7-8 jam sehari
  3. Gunakan pelembap mata setiap hari sebelum tidur. Pilih pelembap mata berbentuk gel yang bertindak untuk mengetatkan atau mengencangkan dan mengurangi pembengkakkan di sekitar mata.
  4. Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi banyak garam
  5. Rajin bersenam dan beriadah untuk membantu memberikan kesegaran pada mata anda
  6. Pakai kacamata hitam ketika berada di luar rumah untuk menghindari sinaran matahari.
Semoga tips yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengatasi masalah lingkaran gelap dan kantung mata anda.

Untuk mendapatkan kulit muka dan kesegaran kulit anda juga boleh menggunakan supplement kecantikkan kulit dari Shaklee. KLIK SINI untuk melihat Set Kecantikkan Kulit yang terdapat di Shaklee serta testimoni pengguna yang telah menggunakannya.

Hubungi saya untuk mendapatkan info serta oder produk. Harga yang menarik saya berikan untuk anda. Saya juga menyediakan pek percubaan untuk anda yang baru hendak berkenalan dengan produk Shaklee ni.

Call/sms/whatsapp: 013-467 4773
Add Fb saya Eizan Adzan untuk berchatting secara terus dengan saya
Klik LIKE fan page: D'MYA supplement House