Friday, 1 November 2013

PERUBAHAN HIDUP SELEPAS BERGELAR IBUBAPA

perubahan hidup selepas bergelar ibubapa
Menerima kelahiran cahaya mata adalah sesuatu yang amatmenggembirakan bagi setiap pasangan.
Dengan kehadiran cahaya mata secara tidak langsung menjadikan kehidupan pasangan suami isteri menjadi sesuatu yang paling baik. Anda sepatutnya rasa bertuah kerana berpeluang menjadi ibu dan bapa. Semua pasangan akan merasa gembira dengan kehidupan baru ini.
Tetapi, pernahkan kita terfikir, perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan harian kita, perubahan yang semestinya di luar jangkaan. Kehadiran bayi baru akan memberikan memori manis untuk diterokai oleh anda yang bergelar ibu dan bapa.


Perubahan hidup selepas bergelar ibu bapa, antaranya ialah:



1. Kurang rehat



- Kurang rehat! masalah biasa yang selalu dialami oleh pasangan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata. Dalam enam minggu pertama jadual tidur dan rehat kita akan berubah sama sekali. Namun begitu anda boleh mengatasinya dengan mengambil masa tidur bersama-sama bayi. Dengan cara ini, kita akan dapat mengembalikan kecergasan diri.Bila bayi terjaga, kita tidak akan ada masalah untuk menguruskannya. Pasangan kita juga boleh menbantu menguruskan sesetengah pekara untuk meringankan tugasan anda.



2. Kurang waktu tidur



- Begitu juga dengan luahan yang kita dengar iaitu kurang waktu tidur. Bayi yang baru lahir mempunyai pola tidur yang tidak menentu. Untuk tempoh enam minggu pertama, waktu tidur bayi adalah setiap dua jam dan ke atas. Bayi akan terjaga untuk menyusu setiap dua atau tiga jam dan akan kembali tidur. Selain dari itu kita juga akan menghadapi gangguan lain seperti menukar lampi bayi, mensendawakan bayi selepas menyusu, gangguan bayi menangis disebabkan masalah kolik ( kembung perut ). Itu semua mengambil masa tidur kita. Namun itu semua adalah cabaran manis yang perlu dihadapi oleh pasangan ibu bapa.



3. Gaya hidup Sosial



- Dengan kehadiran bayi baru secara tidak langsung boleh mengubah kehidupan sosial kita. Jika sebelum ni kita bebas untuk keluar berjalan-jalan, menonton wayang atau membeli belah tetapi kini sebaliknya, bayi akan menjadi keutamaan dan kita akan jarang keluar rumah kerana bayi memerlukan penjagaan yang rapi terutama bayi yang berusia 5bulan ke bawah.



4. Komunikasi



- Ada pasangan akan bermasam muka kerana sering salah faham untuk memberikan penjagaan terbaik untuk bayi mereka. Jadi, amat penting untuk membina komunikasi yang baik untuk mengatasi cabaran demi mengukuhkan keharmonian rumahtangga.



5. Perancangan keewangan



- Kalu sebelum ini kita tidak ambil berat tentang perancangan keewangan tetapi setelah mempunyai anak, kehidupan kita akan lebih fokus dengan menyediakan pelbagai perancangan keewangan yang positif untuk kebajikan anak kita. Perancangan seperti simpanan pembelajaran, kesihatan dan sebarang keperluan pemakanan dan kelengkapan sekeluarga.

Perbelanjaan untuk diri sendiri seakan diabaikan namun itu bermakna kehadiran cahayamata memberikan masalah dalam kehidupan kita. Ini membuktikan yang kita telah matang dalam mebuat keputusan demi kepentingan dan masa depan keluarga.


6. Detik perkembangan bayi



- Satu perkara yang amat bernilai ialah melihat anak membesar di depan mata, sihat dan aktif. Semakin hilang keletihan yang dialami sebelum ni. Kita akan rasa gembira bila melihat bayi meniarap, mengengsot, merangkak, belajar duduk, berdiri dan berjalan. Dan kita tidak sabar untuk mengira berapa gigi bayi yang dah tumbuh. Pastinya hal ini akan membuatkan kita merasa teruja!



7. Sikap lebih perihatin



- Jika sebelum ni, kita memandang remeh hal keselamatan rumah seperti menutup dan mengunci pintu pastinya kita akan melakukannya bila sudah ada anak kecil di rumah. Demi keselamatannya, kita akan sentiasa mengawasi keselamatan si kecil. Rumah akan sentiasa dalam keadaan yang bersih dan kemas. Ini kerana ada bayi yang mudah mendapat ekzema dengan persekitaran yang kotor dan memasukkan objek ke dalam mulut.



8. Transformasi diri



- Setelah mempunyai anak, kita akan lebih meghargai diri sendiri, bersikap sabar dan tidak mementingkan diri sendiri. Perubahan positif ini berlaku disebabkan anda perlu sentiasa rasa berkebolehan dan cekap melakukan sesuatu demi si kecil. Ini kerana pertama kali  mempunyai anak, perasaan tidak tahu untuk melakukan apa-apa, tetapi untuk memastikan anak mendapat kesempurnaan kita akan melakukan transformasi kepada diri untuk kesejahteraan anak.


No comments:

Post a Comment