Saat kehamilan memang mengujakan semua. Tetapi ada satu perkara yang amat merisaukan ibu-ibu iaitu
peningkatan berat badan yang berlebihan semasa hamil. Ini juga akan menimbulkan masalah bagi sesetengah mereka untuk menurunkan kembali berat badan selepas bersalin. Bagi mereka yang bernasib baik, tidak akan mengalami lebihan berat badan selepas melahirkan tetapi secara puratanya ramai ibu-ibu yang akan menghadapi kenaikkan berat badan yang mendadak semasa hamil dan juga akan kekal dengan berat badan itu sehingga melahirkan.
Kali ini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk ibu-ibu yang sedang hamil bagi mengelakkan peningkatan berat badan secara berlebihan.
Antara tip2 yang boleh diamalkan ialah:
1. Pilih makanan yang sihat
- Ambil makanan yang kaya dengan vitamin, kalsium, asid folik, besi dan mineral penting yang lain. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari ( antara 8 -12 gelas sehari ). Elakkan mengambil minuman berperisa dan bersoda kerana ianya hanya akan menambahkan kalori dan bukannya nutrient seperti yang diperlukan.
2. Jangan makan untuk dua orang
- Anda sebaiknya tidak menggandakan jumlah kalori dalam menu harian. Elakkan mengambil makanan yang mempunyai banyak lemak tepu. Sama juga dengan makanan ringan yang kaya dengan lemak dan sodium. Garam akan menakung air yang akan menambahkan lagi berat badan anda.
3. Sediakan makanan sendiri
- Seeloknya anda cuba menyediakan menu harian sendiri. Kalau sebelum ni anda banyak mengambil makanan yang bergoreng dan berminyak, apa kata kali ini anda cuba memasak makanan dengan cara membakar atau memanggang.Kalau anda ingin juga mengambil makanan bergoreng gunakan minyak zaiton kerana minyak zaitun mengandungi kandungi lemak yang rendah.
4. Lakukan senaman khas kehamilan
- Senaman semasa hamil memang amat digalakkan. Ini kerana ia mampu memejalkan susuk, memperbaiki postur dan menguatkan otot pelvik tanpa memudaratkan bayi dalam kandungan. Untuk itu senaman yang melibatkan aktiviti berjalan dan berenang amat digalakkan.
5. Pengambilan supplement
- Dengan pengambilan supplement semasa hamil membantu melengkapkan nutrient yang sedia ada dalam menu harian. Namun begitu, sebelum mengambil sebarang supplement, ibu hamil diinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar perubatan untuk mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini berlaku.
*kredit untuk majalah Keluarga*
Semasa kehamilan anda boleh mencuba set kehamilan Shaklee untuk memberikan kecergasan berpanjangan masa. Di samping dapat membekalkan nutrient dan zat yang diperlukan oleh tubuh ibu dan juga bayi.
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee serta untuk oder boleh hubungi saya. Setiap pembelian daripada www.luvaabizshoppe.blogspot.com akan disertakan dengan KONSULTANSI secara percuma.
Hubungi saya..Eizan hari ini.
Call/sms/wasap: 013-467 4773
atau ADD FB saya: Eizan Adzan
atau LIKE FanPage: D'MYA Supplement House
No comments:
Post a Comment