Dalam satu riwayat diceritakan, pada suatu hari anak Khalifah umar al-Khatab pulang dari tempat pengajian sambil menangis teresak-esak. ketika Umar bertanya mengapa dia menangis,anaknya menjawab,
'Teman-teman sekolah menghitung tampalan bajuku sambil mengejek. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin, bajunya koyak dan bertampal-tampal.'
Mendengar keluhan si anak, tercetus rasa kasihan dalam hati Umar. Kemudian Umar mengirimkan sepucuk surat kepada Bendahari Negara meminta untuk pinjaman sebanyak empat dirham dengan jaminan gajinya bulan hadapan akan dipotong.
Bendaharai Negara membalas surat Umar yang anataranya beliau menulis,
'Wahai Umar, adakah engkau sudah memastikan akan hidup sampai bulan depan? Bagaimana kalau engkau meninggal dunia sebelum engkau membayar hutangmu? Apakah yang akan kau lakukan terhadap hutangmu di hadapan Allah.?"
Selepas membaca surat itu, Umar menangis lalu memujuk anaknya,
" Pergilah ke sekolah seperti biasa wahai anakku, kerana aku tidak dapat menghitung umurku walaupun sejam lagi".
No comments:
Post a Comment