Tuesday 28 January 2014

11 Cara Turunkan Berat Badan

11 csrs turunksn berst badanSetiap orang  perlu mengambil berat tentang masalah kesihatan yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Jika
gagal, pasti anda akan menerima nasib yang sama. Apalagi jika nafsu makan anda semakin bertambah dua atau tiga kali ganda terutama di musim perayaan khususnya Hari Raya.

Umum masyarakat kita masih tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam tentang masalah kegemukan. Kegemukan bukan hanya sekadar tubuh bersaiz L atau XXL, malah lebih dari itu. Ia menjadikan tunuh badan nampak lebih besar, tidak bergaya dan mempunyai perwatakan yang kurang menarik.

Masalah utama masyarakat Malaysia sekarang ni adalah obesiti. Rata-rata mereka yang mempunyai saiz tubuh yang besar cenderung untuk mengalami Obesiti. Obesiti mempunyai kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan. Ia boleh mempengaruhi emosi yang menyebabkan seseorang itu akan hilang keyakinan diri dan tidak dapat menjalani dan menikmatai kehidupan yang normal dan aktif. Masalah kegemukan juga boleh mendedahkan mereka kepada gejala penyakit lain seperti diebetes, sakit jantung, darah tinggi dan kanser.

INDEKS JISIM TUBUH ( BMI )

Untuk mengetahui tahap kegemukkan tubuh, seseorang itu boleh mengira peredaran lemak atau menggunakan kaedah pengiraan Indeks Jisim Tubuh ( BMI ).

BMI ialah ukuran berdasarkan ketinggian dan berat badan seseorang. Ianya boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

BMI = Berat badan ( kg )
------------------------
Ketinggian ( m) x Ketinggian ( m )

Cara-cara untuk mengiranya:
1. Tmbangberat badan dalam kilogram
2. Ukur ketinggian dalam sentimeter
3. Kira BMI dengan menggunakan formula yang diberi

Berat badan anda akan dinilai seperti berikut:

  • BMI kurang dari 18.5   -  anda mengalami KURANG berat badan
  • BMI 18.5 - kurang 25     -  berat badan unggul
  • BMI 25 - kurang 30       - berat badan berlebihan
  • BMI 30 dan ke atas       - Obesiti / gemuk

TIP KAWAL PEMAKANAN

11 cara turunkan berat badan
Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, anda perlu mengambil tindakan berikut untuk menurunkannya ke tahap yang sesuai.

1. Bertekadlah untuk menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.
    Contohnya kurangkan 1/2 kg dalam masa seminggu. Jangan sesekali menguruskan badan dengan
    mengambil makanan ringan yang boleh memudaratkan kesihatan.
2. Makan pelbagai makanan yang rendah kalori dan tinggi kandungan nutriennya.
3. Makan nasi, roti atau bijirin tanpa tambahan lemak dan  gula
4. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
5. Elakkan mengambil minuman beralkohol
6. Elakkan mengambil makanan ringan di antara waktu  makan
7. Ikuti masa makan yang tetap
8. Gunakan pinggan yang kecil dan elakkan makan di depan televisyen
9. Isikan masa lapang dengan aktiviti bagi mengelakkan anda mengingati masa makan / keinginan untuk
    makan 
10. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak gula
11. Sentiasa bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu

Selain dari itu anda juga disarankan untuk mengambil supplement untuk menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. Di Shaklee Set Slimming disediakan untuk anda yang inginkan berat badan yang ideal tanpa perlu berdiet dengan teruk dan yang pastinya ianya selamat dan inshaAllah berkesan. 

KLIK SINI mendapatkan info lengkap tentang Set Slimming dan melihat testimoni pengguna yang telah menggunakan dan berpuas hati dengannya.

Hubungi saya untuk oder produk serta dapatkan konsultansi tentang cara pengambilan supplement tersebut.

Call/sms/whatsapp: 013-467 4773
Add FB saya Eizan Adzan untuk berchatting secara terus dengan saya
KLIK LIKE fanpage D'MYA supplement House


No comments:

Post a Comment