Monday 27 January 2014

KAROTENA dan kepentingannya dalam pembentukkan tubuh kanak-kanak

Assalamualaikum semua...
KAROTENA
Macam biasa la hari ni saya ingin kongsikan sesuatu yang saya rasa amat penting bagi kita semua sebagai ibu bapa tentang pentingnya menjaga pemakanan bagi anak-anak kita.

KAROTENA. Kenapa ianya penting diambil dalam menu harian kanak-kanak bagi membekalkan vitamin untuk perkembangan dan pembentukkan tubuh mereka?

Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui langsung atau tidak pernah mendengar tentang karotena dalam dunia pemakanan. Karotena adalah sejenis pigmen hidrokarbon yang berwarna kuning, jingga atau merah dan terdapat secara semulajadi di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Karotenan juga dikenali sebagai bahan asas untuk pembentukkan Vitamin A.

Menurut pakar pemakanan IJN, karotena dan vitamin A sebenarnya adalah perkara yang sama. Tetapi ramai lebih mengetahui tentang khasiat dan kepentingan vitamin A berbanding karotena.. Menurut beliau, karotena dikenali apabila ia berada di dalam sumber makanan dan apabila seseorang itu memakan sumber tersebut vitamin A akan terhasil dalam badan individu itu. Usus dalam badan manusia merupakan mekanisme untuk menukarkan karotena menjadi vitamin A.

Karotena boleh didapati daripada sayuran dan buah-buahan merah seperti lobak merah, tomato, ubi keledek, labu, mangga dan lain-lain. Sumber yang terbaik mengandungi karotena ialah cecair kolostrum iaiatu susu yang keluar antara 2 hingga3 hari selepas ibu bersalin. Oleh sebab itulah ibu-ibu digalakkan menyusu bayi dengan susu badan.

karotena


Kebaikan Karotena

Karotena di dalam badan manusia terdiri dari Beta karotena, Alfa Karotena, Gamma karotena, Likopen dan Lutein.
Beta karotena adalah yang paling utama diperlukan oleh kanak-kanak, ini kerana beta karotena adalah penyumbang kepada penghasilan vitamin A

Kedua-dua Karotena dan Vitamin A ini mempunyai khasiat yang sama iaitu:

  • bertindak sebagai anti oksida yang boleh mengawal radikal bebas serta risiko bagi penyakit kanser dan jantung.
  • meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan kanak-kanak
  • membantu menajamkan penglihatan.
  • membantu memberikan kesihatan dan tumbesaran normal bagi kanak-kanak
Kekurangan karotena dalam zat pemakanan menyebabkan kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit.

Namun begitu ada juga kesan sampingan sekiranya kanak-kanak itu mengambil lebih karotena dalam makanan seperti lobak merah. Tetapi tidak ada kesan buruk pada tubuh badan mereka kecuali warna kulit akan nampak kekuningan.

Pengambilan karotena amat digalakkan kepada kanak-kanak. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak memakan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi karotena untuk memastikan kesihatan anak-anak di tahap yang baik. 
Jika anak-anak tidak menggemari sayuran dan buah-buahan yang mengandungi khasiat karotena, maka ibubapa disarankan membrikan mereka multivitamin.

Secara umumnya kanak-kanak disarankan agar mengambil beta karotena dalam apa jua bentuk sekalipun sebanyak 3mg sehari. Misalnya  mengambil buah betik sekurang-kurangnya 12.5mg, bayam sebanyak 60gm ditambah dengan jagung sebanyak 150gm atau sayur-sayuran lain yang mengandungi kadar karotena jenis lutien yang tinggi sebanyak 10 hingga 30mg.

Kanak-kanak juga digalakkan untuk mengambil supplement yang mempunyai vitamin A untuk memastikan mereka dilindungi dari sebarang jangkitan penyakit.
KLIK SINI untuk mendapatkan info tentang supplement yang sesuai untuk si manja anda.

Hubungi saya untuk info lanjut dan oder produk. Hanya yang teristimewa untuk si manja kita.

Call/sms/whatsapp saya 013-467 4773
Add FB saya Eizan Adzan untuk berchatting secara terus dengan saya
KLIK LIKE page: D'MYA supplement House

No comments:

Post a Comment