Tuesday, 24 December 2013

Petua mudah nak tidurkan anak

Salam semua mommies yang gorges...

Sering kali kita menghadapi masalah untuk tidurkan anak tanpa bantuan buaian atau pun menyusu kan..sama juga dengan masalah saya...amat sukar untuk tidurkan anak saya kalau tanpa bantuan buaian ataupun dengan menyusu...memang boleh jadi gile sekejap kan bila anak tak mahu tidur tambahan pulak bila dah lewat malam..adoii,,,sakit kepala dibuatnya.

Hari ni saya nk share dengan mommies semua petua mudah untuk  menidurkan anak. Petua ni pun dah saya amalkan dan alhamdulillah ianya berhasil. Boleh la dijadikan panduan buat ibu-ibu dan juga bakal ibu.


===============
Petua mudah nak tidurkan anak
===============

  1. Tukarkan lampin yang baru dan bersih
  2. Lap badan anak dengan kain / tuala basah dan tukarkan dengan baju baru dan bersih
  3. Sapukan losyen/minyak angin dan urut secara lembut di bahagian belakang dan perut anak anda.
  4. Jika masih tidak tidur, buatkan urutan lembut di bahagian tapak kaki dan betis si manja anda.
  5. Urutan lembut pada tapak kaki, betis, perut dan belakang anak boleh menghilangkan ketidakselesaan pada anak anda.
  6. Letakkan bayi dalam keadaan mengereng kerana itu adalah keadaan yang paling baik untuk menidurkan bayi anda. Cuba lah untuk tidak menggunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan anak anda.
  7. Tepuk perlahan-lahan, dan kalu boleh alunkan dengan nyanyian lembut atau berselawat, berzikir hingga bayi tidur.
Ini lah yang selalu saya lakukan untuk tidurkan Muhammad Yusuf Akif.

cara urutan bayi boleh lihat pada gambarajah di bawah ni...

Petua mudah nak tidurkan anak


No comments:

Post a Comment