Kebiasaannya kemurungan atau meroyan ni akan berlaku dalam bulan pertama selepas kelahiran. Kemurungan seringkali dikaitkan dengan 'baby blues' tetapi sebenarnya ia berbeza sama sekali. Dalam 'baby blues' anda biasanya akan mengalami kesukaran untuk tidur, moody, berasa sedih dan keletihan. Walaubagaimanapun anda tetap merasa gembira dengan kelahiran itu. Keadaan 'baby blue' cuma berlaku di antara 1 - 2 minggu sahaja.
Kemurungan atau meroyan ( Postpatrum Desppresion ) pulak satu keadaan di mana anda akan merasa sedih yang keterlaluan, merasakan diri tidak berguna sama sekali, merasa putus harapan serta merasa tertekan. Jika keadaan ini berlaku, anda seharusnya mendapatkan rawatan segera di hospital kerana semakin dibiarkan, kemurungan ini akan menjadi penyakit yang serius.
Apakah simptom atau tanda-tanda berlakunya kemurungan/meroyan?
Perubahan hormon yang berlaku kepada ibu-ibu selepas bersalin adalah perkara biasa tetapi jika anda merasakan perubahan ini berlaku pada anda ini bermakna anda berisiko untuk menghadapi kemurungan serius. Simptom dan tanda-tanda awal kemurungan adalah berbeza bagi setiap ibu.
- Seringkali berasa sedih tanpa sebab
- berasa putus harapan dan kecewa
- berasa letih dan penat
- seringkali moody
- seringkali berasa bersalah
- sering muram, resah dan gelisah
- kurang bermaya dan hilang minat terhadap sesuatu perkara
- hilang selera makan dan penurunan berat badan
- hilang fokus
Apakah yang menyebabkan kemurungan atau meroyan?
Punca sebenar kemurungan tidak dapat dikenal pasti kerana tidak semua ibu-ibu yang lepas bersalin mengalaminya. Adakalanya ia disebabkan oleh perkara-perkara biasa yang dialami dan dirasakan sebagai tekanan. Antaranya adalah seperti:
- mengalami kemurungan akibat dari kelahiran yang terdahulu
- kurang mendapat sokongan suami atau ahli keluarga yang lain
- mendapat bayi yangdilahirkan pra-matang dan tidak sihat
- mengalami tekanan perasaan
- mengalami pengalaman kelahiran yang rumit dan mengalami masalah kesihatan selepas bersalin
- mengalami masalah keewangan, pekerjaan dan perhubungan dengan suami
- mengalami kesukaran menyusu badan
- mengingati peristiwa sedih yang melanda seperti kematian ahli keluarga semasa anda kecil
Bagaimana kemurungan atau meroyan selepas bersalin dapat dirawat?
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kemurungan, rawatan segera haruslah diberikan supaya ia tidak menjadi lebih serius. Kemurungan selalunya dirawat dengan ubat anti murung serta diberikan kaunseling oleh pakar psikatrik.
Sekiranya anda seorang ibu yang mengalami sindrom kemurungan ini, janganlah merasa rendah diri. Ini bukanlan bermakna anda seorang ibu yang tidak baik. Ramai yang mengalami masalah seperti anda, tetapi ianya perlu mengambil masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya.
Jika anda disahkan mengalami kemurungan, anda boleh membantu diri sendiri untuk mengatasinya.
Antara cara yang boleh dilakukan ialah:
- Dapatkan rehat yang secukupnya
- Ambil makanan yang sihat dan seimbang
- Cubalah melakukan senaman walaupun ianya agak berat untuk dilakukan
- Cuba dapatkan informasi dan tip-tips dari ibu-ibu yang lain
- Bersikap baiklah terhadap diri sendiri.
Jagalah diri anda sebaik-baiknya semasa hamil dan cubalah elakkan stress yang keterlaluan dan sebaik mungkin cubalah untuk menerima bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diterima, maka lebih tinggilah keyakinan anda untuk menempuh saat kelahiran itu.
Sebagai alternatifnya, Set Berpantang Shaklee dapat membantu anda mengurangkan stress selepas bersalin serta dapat mengelakkan dari masalah kemurungan ni.
Sebagai alternatifnya, Set Berpantang Shaklee dapat membantu anda mengurangkan stress selepas bersalin serta dapat mengelakkan dari masalah kemurungan ni.
No comments:
Post a Comment