Thursday 9 January 2014

Apakah yang meletakkan saya pada risiko keguguran

Apakah yang meletakkan saya pada risiko keguguranAssalamualaikum semua...semoga hari-hari kita sentiasa di dalam keberkatanNya. 
Entri kali ni saya ingin berkongsi tentang keguguran. Ada tak ibu-ibu kat sini yang pernah mengalami keguguran? Saya pernah mengalaminya semasa mengandungkan anak ke dua. Pada masa tu saya tak tahu pun yang saya ni sedang mengandung. Pada masa tu kandungan baru berusia 21 minggu. Kandungan saya jatuh sebab tersilap ambil makanan. Masa tu raya haji. Biasa la kalau kat Kelantan, raya haji memang top ngan 'tapai'. Apa yang saya tahu lepas saya makan tapai tu yang menyebabkan saya keguguran. 

                               *******************************************
Apakah Keguguran?

Secara teorinya keguguran adalah kehilangan kandungan yang berlaku pada usia 20 minggu yang pertama, sebanyak 15% hingga 20% daripada kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Manakala lebih daripada 80% keguguran itu berlaku sebelum minggu ke 12. Hal ini tidak termasuk keadaan yang mana kehilangan telur yang telah disenyawakan sebelum ujian kehamilan disahkan.

Apakah yang meletakkan saya pada risiko keguguran?

Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah keguguran, sesetengahnya lebih berisiko berbanding yang lain. antara faktor yang paling berisiko ialah:
  • Umur - wanita berusia lebih mudah menghadapi abnormal kromosom dan ia mengakibatkan keguguran. Wanita berusia 40-an berisiko dua kali ganda berbanding wanita berusia 20-an.
  • Sejarah keguguran - wanita yang pernah mengalami dua kali atau lebih keguguran lebih mudah mengalaminya berbanding wanita lain.
  • Penyakit- pengidap diabetes, antiphosphilipid syndrome atau kecelaruan hormon
  • Masalah servik dan rahim - mempunyai masalah ketidaknormalan rahim atau servik yang lemah atau tidak normal
  • Masalah genetik - mempunyai anak dengan kelahiran yang cacat atau sejarah keluarga yang mempunyai masalah genetik
  • Jangkitan kuman - kajian menunjukkan risiko keguguran tinggi disebabkan jangkitan seperti listeria, beguk, rubella, sakit campak, HIV dan sebagainya
  • Perokok tegar, mengambil minuman keras dan dadah
  • Pengambilan ubat - sesetengah ubat boleh meningkatkan risiko keguguran, seeloknya rujuk kepada pakar perubatan sebelum mengambil sesuatu jenis ubatan.
  • Faktor kesuburan - kemungkinan bapa menjadi faktor penyumbang terhadap keguguran, risiki semakin meningkat apabila usia bapa semakin meningkat.
Anda mungkin berisiko untuk mengalami keguguran apabila anda mulai mengandung semula dalam masa 3 bulan selepas melahirkan anak.

Untuk ibu-ibu yang pernah mengalami keguguran atau sedang mengalaminya, anda boleh mengambil Set Keguguran Shaklee sebagai supplement untuk merawat bahagian dalaman kita. Penjagaan ibu-ibu yang mengalami keguguran adalah sama dengan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Boleh KLIK SINI untuk lebih info tentang Set Keguguran Shaklee.

No comments:

Post a Comment