Saturday, 4 January 2014

Pentingnya Air Kepada Kanak-kanak

Pentingnya Air Kepada Kanak-kanakAssalamualaikum semua mommy2 yang gojes. Hari ni dah masuk hari ke 2 persekolahan, macam ne? Dah boleh kembali ke routine asal ke? Almaklum la hampir 2 bulan berehat dari menguruskan anak-anak ke sekolah kan.
Entri kali ni saya nk sharekan dengan mommy semua tentang pentingnya pengambilan air bagi kanak-kanak. Macam ne mommy semua menggalakkan anak-anak minum air? Tentu susahkan nak bagi anak-anak minum air? Kalau ada anak-anak yang jenis suka minum air tentunya tidak ada masalah, tapi macam ne pulak kalau yang sebaliknya?

Galakkan Anak Minum Air 

Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa menerapkan amalan minum air yang banyak kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Apabila anak-anak sudah semakin membesar, ibubapa boleh memperkenalkan pelbagai jenis minuman seperti jus buah-buahan, minuman ringan dan kordial. Selain dari untuk membekalkan keperluan tubuh badan ia juga penting agar memberi warna dan perisa kepada diet mereka.

Kebanyakkan jus buah-buah dan sirap adalah sumber utama Vitamin C, sementara minuman yang berasaskan tenusu kaya dengan sumber protein dan kalsim ribotlavin. Sumber-sumber ini merupakan keperluan yang amat penting untuk tumbesan kanak-kanak.

Tip Penyediaan Minuman kepada anak-anak

Apabila memberikan minuman berasaskan tenusu kepada kanak-kanak berusia lebih lima tahun, cuba pilih minuman yang rendah lemak.

Minum minuman yang selamat adalah penting kerana kebanyakan penyakit adalah bawaan air. Jika anda tidak pasti akan kualiti air, anda dinasihatkan agar memasaknya terlebih dahulu, kemudian tapi dan sejukkannya sebelum diminum.

Minuman di dalam botol dan tin adalah sumber air yang selamat dan mudah.

Berikan teladan yang baik kepada anak anda dengan meminum banyak air sepanjang hari. Perkenalkan termos atau cawan yang menarik untuk anak-anak supaya mereka berasa bahawa amalan meminum air adalah suatu keseronokan.

Pastikan anda sentiasa menyimpan air sejuk di dalam peti sejuk untuk diminum oleh anak-anak.

Dispenser air yang boleh dikendalikan sendiri oleh anak-anak adalah cara terbaik untuk menggalakkan mereka minum lebih banyak air.

Jika anak-anak  anda aktif di dalam sukan, pastikan bekalan air minuman mencukupi untuk mereka.

Untuk menarik perhatian anak anda minum, pelbagaikan minuman mereka seperti air soda, air kosong, air galian dan sebagainya.

selang selikan dengan jus buah-buahan segar campuran seperti kombinasii buah mangga dan nenas dan sebagainya.

Susu yang dicampurkan dengan sedikit ais krim menambahkan kenakkan di dalam minuman anak-anak.

Minuman ringan yang disimpan di dalam peti sejuk juga membantu tetapi pastikan kuantiti pengambilannya terkawal.

Kordial atau sirap yang dicampurkan dengan air soda

Campuran susu dan  jus buah-buahan segar juga lebih sedap.

Sebilangan besar ibubapa bimbang kandungan gula dalam jus buah-buahan, minuman ringan dan susu berperisa menyebabkan berat badan berlebiha. Namun hakikatnya ini tidak mungkin akan berlaku. gula memberikan keseronokan dan daya tarikan kepada kebanyakkan minuman. Penyelidikan membuktikan gula tidak menyebabkan gemuk yang keterlaluan atau hiperkatif pada anak-anak.

Gula dalam minuma yang diminum selepas aktiviti membantu menggantikan karbohidrat yang tersimpan di dalam otot, serta memulihkan tenaga kanak-kanak.

pentingnya air kepada kanak-kank

Untuk mendapatkan produk-produk kesihatan Shaklee boleh hubungi saya. Konsultansi dan cara pengambilan akan diberikan secara percuma dengan setiap pembelian dari saya sahaja.

Eizan Adzan
Call/sms/Whatsapp: 013-467 4773
Fb: Eizan Adzan ( add friend dan kita boleh berchatting secara terus


No comments:

Post a Comment