Disleksia? Tentu kita sering mendengar perkataan ini atau membaca tentangnya. Mungkin ada di kalangan
ahli keluarga atau diri sendiri mengalami masalah ini.
Perkataan Disleksia hanya ditumpukan kepada masalah penglihatan, tetapi disleksia juga boleh melibatkan semua sistem sensori atau deria sendori atau input kepada otak. Secara kesimpulannya Disleksia boleh di kategorikan dalam 5 jenis iaitu:
- Disleksia penglihatan
- Disleksia pendengaran
- Disleksia rasa
- Disleksia Bau
- Disleksia Sentuhan
Mungkin semua atau salah satu dari jenis Disleksia ini boleh dihadapi oleh seseorang itu dan yang paling biasa di hadapi ialah Disleksia Penglihatan.
Disleksia disebabkan oleh masalah otak. Pada umumnya tanda bagi kanak-kanak yang mengalami Disleksia ialah anak itu hiperaktif iaitu;
- Dia tidak boleh duduk diam, berjalan ke sana sini , berlari, melompat,memukul atau mengacau orang.
- Dia seorang yang 'impulsive'. Sebagai contoh, dia akan mencubit atau memukul seseorang walaupun sedang berjalan atau bergerak. Dia juga boleh menendang pintu atau kerusi iaitu perbuatan yang dilakukan tanpa berfikir.
- Dia tidak boleh memberikan tumpuan, sebagai contoh, dia akan mencampakkan buku yang sedang dibacanya dan melakukan perkara-perkara lain.
- Suka merosakkan barang-barang, kadang-kadang hanya seronok melihat barang itu dipecahkan atau mendengar bunyinya.
- Tidak boleh mengikat tali kasut atau memasang butang baju.
- Tidak boleh duduk menonton tv atau video dalam jangkamasa yang lama. Ada anak yang tidak bermasalah malahan amat cerdik, tetapi sekiranya tidak ada program tertentu, tetapi hanya menonton tv atau duduk di meja komputer sehingga lupa hendak makan, minum atau tidur.
- Sekiranya seseorang itu adalah masalah kecederaan otak yang melibatkan deria penglihatan tandanya selain dari tanda hiperaktif ialah:
i. Anak itu tulis terbalik. Sebagai contoh, huruf 'd' menjadi huruf 'b', huruf 'c' boleh menjadi nombor 3
nombor 16 menjadi 61.
ii. Jika anak sudah boleh menulis, tulisannya terbalik dan mula dari besar hingga kecil dan biasanya
dari atas turun ke bawah.
iii. Sekiranya diletakkan jari telunjuk kita di depan matanya anggaran 4-5 inci dari matanya dan minta
anak menggerakkan matanya mengikut jejak jari telunjuk, mata satunya mungkin elok manakala yang
lagi satu akan lebih ke kanan atau ke kiri dan lebih ke atas dari di sebelahnya.
Bagi anak yang belum faham kita boleh menggunakan lampu suluh dan memerhatikan gerak anak
mata ( mata hitam ) mengikut gerak lampu. Ini bermakna mata anak tidak boleh memberi tumpuan
atau kurang fokus.
Bagi guru dan ibubapa yang tidak faham tentang fenomena ini akan menyumpah anak ini dengan perkataan seperti 'malas', 'degil', 'tak boleh duduk diam', 'bodoh', 'lembab' dan lain-lain. Sumpah adalah seperti doa juga akan dimakbulkan jika diucapkan beberapa kali dan beberapa dari perkataan ini akan menjadi rangkaian dalam otak anak dan menjadi anak seperti yang disumpahkan. Fenomena ini diberi nama kesan Pavlov.
Hubungi saya untuk mendapatkan suppelement Shaklee untuk kanak-kanak. Pelbagai set disediakan untuk kesihatan dan kecergasan si manja anda.
Call/sms/whatsapp :013-467 4773
Add FB saya https://www.facebook.com/eizanadzannorizan.razali untuk berchatting secara terus dengan saya.
Klik LIKE PAGE: D'MYA supplement House
No comments:
Post a Comment