Baiklah...Entri kali ni saya ingin sharekan dengan ibu-ibu semua tentang Bengkak Susu. Rasanya bagi ibu-ibu yang mneyusukan anak tentunya pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Bagi yang pernah mengalaminya sahaja yang merasai kesakitan yang ditanggung. Bagaimana ibu-ibu semua mengatasi kesakitan itu? Jom, saya sharekan sedikit bagaimana cara untuk mengatasi masalah Bengkak Susu ini.
1. Seeloknya pakailah coli menyusu yang dapat memberi sokongan termasuk pada waktu malam. Pastikan ianya betul-betul padan dan tidak ketat.
2. Susukan bayi dengan kerap, iaitu setiap 2 atau 3 jam sekali. Jangan takut untuk membangunkan bayi walaupun sedang tidur untuk disusukan. Pastikan bayi menyusu dikedua-dua belah payudara bagi setiap masa penyusuan.
3. Mungkin agak sukar untuk bayi melekap pada payudara apabila areola sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehinggan areola menjadi lembut.
4. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada ataupun mandi dengna air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola.
5. Semasa bayi sedang menyusu, urut perlahan-lahan payudara yang sedang dihisapnya. Ini membantu pengaliran air susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan pada payudara.
6. Jika payudara terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sekali sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan. Ianya tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
7. Menyikat payudara dengan sikat menghala ke puting. Lakukan secara berulang kali. Ini akan melancarkan kembali pengaliran susu.
8. Daun kubis segar juga boleh membantu mengurangkan bengkak susu. Walaupun tidak bukti yang menyokongnya tetapi sekurangnya kesejukkan daun kubis itu dapat mengurangkan bengkak pada payudara. Jangan amalkan dengan kerap kerana jika dilakukan berulang kali boleh menyebabkan susu kering.
9. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapukan pada sekeliling payudara. Elakkan dari terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga bengkak berkurangan.
10. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu dengan minyak zaitun dipermukaannya. Layur daun sirih itu di atas tudung periuk. Tekap pada payudara bila daun dah agak suam. Selain dari mengurangkan bengkak dan kesakitan pad apayudara ia juga membantu melancarkan pengaliran susu.
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibi-ibu dan bakal ibu mengatasi masalah Bengkak Susu dan semoga ianya bermanfaat untuk anda semua.
Untuk mendapatkan info serta oder pelbagai produk Shaklee boleh hubungi saya. KONSULTANSI pengambilan akan diberikan secara percuma dengan steiap pembelian dari saya.
FB: Eizan Adzan
Call/sms/Whatsapp: 013-467 4773
Fan Page: D'MYA supplement House
No comments:
Post a Comment