Friday, 3 January 2014

Tip Penyusuan: Magic Sejam Pertama

Tip penyusuan: Sejam pertama yang penting
Assalamualaikum semua pembaca blog 'Luvaabizshoppe. Macam ne hari ni? Anak-anak dah
memulakan
sesi persekolahan, tentunya parents lah yang paling sibuk kan? Kembali semula ke rutin asal setelah sebulan lebih berehat, tentunya para ibu lah yang bertambah sibuk. Ye tak? Tambahan pulak kalau ada anak-anak yang baru mula masuk alam persekolahan. Mesti banyak persediaan yang hendak dibuat. Pape pun saya ucapkan selamat 'bertugas' untuk semua parents terutama ibu-ibu. Anak saya baru je 3 tahun, belum lagi merasa pengalaman membuat persediaan untuk alam persekolahan. :)

Ok lah ibu-ibu, sementara sedang sibuk menyediakan anak-anak tu jom baca apa yang saya nak kongsikan dengan anda semua malam ni. 
Saya yakin ramai di antara kita yang menyusukan anak, samada hanya selama 6 bulan secara eksklusif ataupun sepenuhnya sehingga anak berumur 2 tahun. Satu pengalaman yang indahkan bila kita dapat menyusukan anak sepenuhnya? 
Entri kali ni saya nak kongsikan tentang pentingnya sejam pertama proses penyusuan selepas bayi dilahirkan. Sejam pertama ini adalah saat yang paling bermakna dan seboleh-bolehnya ibu-ibu jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyusukan si manja buat pertama kalinya.

Sebaik sahaja dilahirkan anda seharusnya diberikan peluang untuk memegang erat si manja anda. Sentuhan kulit antara ibu dan anak sekurang-kurangnya 10 minit dalam tempoh sejam pertama bayi dilahirkan akan mengeratkan hubungan anda berdua.Malahan, sentuhan yang pertama itu adalah sebagai langkah untuk memulakan proses pengeluaran susu. Ketika ini bayi akan mencari payudara dan akan cuba memberikan tindakbalas dengan menghisap payudara. Tindakan ini dinamakan sebagai rooting reflex.

Menyusukan bayi secepat mungkin selepas sejam dilahirkan adalah amat penting dalam membantu proses penghasilan dan pengaliran susu yang lancar. Kajian menunjukkan bayi yang mendapat sentuhan awal dari ibunya akan cepat belajar untuk melekap dengan efektif berbanding dengan bayi yang tidak mendapat sentuhan dalam masa sejam lepas dilahirkan. Sebaik-baiknya, ibu-ibu boleh meminta doktor atau jururawat di bilik bersalin memberikan bayi untuk disusukan sebaik saja dia dilahirkan.

Dalam masa sejam pertama ini, bayi masih berada dalam keadaan tenang dan dengan mudah dapat berinterkasi dengan anda. Bukaan matanya yang luas membolehkan dia mencari dengan penuh minat payudara.Oleh itu berilah sepenuh perhatian kepada bayi dalam tempoh masa yang sangat berharga ini. Renunglah wajahnya dengan sepenuh perhatian dan berbual-buallah dengannya supaya dia dapat mendengar secara langsung suara yang selalu didengarinya semasa dalam kandungan. Dakap dia supaya ada sentuhan kulit ke kulit, pipi ke payudara dan perut ke perut. Untuk lebih selesa selimutkan lah tubuhnya.

KOLOSTRUM

Umum dah tahukan KOLOSTRUM adalah susu istimewa pertama yang dihasilkan dan mengandungi antibodi untuk melindungi bayi. Kolostrum adalah susu pertama yang berwarna kuning dan pekat. Ia merupakan imunisasi pertama untuk bayi. Tapi sayangnya, kolostrum ini hanya wujud untuk beberapa hari saja kalu tidak disusukan kepada bayi. Walaupun kolostrum yang dihasilkan cuma sedikit tetapi ia sudah mencukupi untuk keperluan bayi. Perut bayi yang baru dilahirkan hanyalah sebesar biji guli, jadi dia tidak memerlukan kuantiti susu yang banyak.

Kolostrum merupakan makanan sempurna untuk bayi. Ia mengandungi protein, vitamin A dan E yang lebih tinggi berbanding dengan susu matanng. Selain itu kolostrum juga mengandungi faktor pertumbuhan yang membantu mematangkan usus dan mencegah alahan. Jika air kosong atau makanan lain seperti susu formula diberikan terlebih dahulu kepada bayi selepas dilahirkan, akan menyebabkan kerosakkan pada usus dan menyebabkan alahan serta penyakit lain.

Jangan tersalah anggap bahwa kolostrum yang sedikit tidak mencukupi untuk bayi kerana kolostrum yang terhasil adalah sangat mencukupi untuk bayi sebelum susu matang dihasilkan. Bagi mempercepatkan penghasilan susu matang, anda hanya perlu kerap menyusu bayi, memastikan posisi penyusuan yang betul di samping mendapat khidmat urut dari bidan terlatih. Proses urutan dapat membantu membuka liang susu yang mungkin tersumbat dan sekaligus melancarkan penghasilan susu.

TIP MEMUDAHKAN PROSES PENYUSUAN

Tip penyusuan: Sejam pertama yang penting
  • Tenang dan yakin bahawa anda mampu menyusukan bayi sebaik saja dia dilahirkan.
  • Cuba susukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan di bilik bersalin
  • Lazimnya bayi yang baru lahir dapat mencari kedudukan payudara ibunya. Proses ini biasanya mengambil masa terutamanya jika anda mengambil ubat penahan sakit. Jadi bersabar dan cubalah luangkan masa berharga ini bersamanya.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusukan. Letakkan bantal bagi menyokong belakang dan kepala.
  • Letakkan bayi ke arah payudara dan galakkan dia membuka mulutnya. Sokong badan dan bukan kepalanya. Hidung sepatutnya menyentuh payudara anda.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan payudara anda supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidungnya sepatutnya mengadap puting anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, cuba pisahkan secara perlahan-lahan mulit bayi dari payudara dan cuba sekali lagi.
  • Pastikan bahagian belajang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi untuk mengelakkan dari sakit belakang.
Jadi, ibu-ibu dan bakal-bakal ibu sudah tahukan kepentingan dan keistimewaan kolostrum ni. Sebaik-sebaiknya cubalah sedaya upaya untuk memberikan kolostrum kepada bayi anda yang baru dilahirkan.

Untuk anda yang mempunyai masalah penyusuan boleh mencuba Set Penyusuan Shaklee. Set penyusuan yang paling mendapat tempat di hati para ibu sekarang.

Hubungi saya untuk info dan oder produk. KONSULTANSI pengambilan akan diberikan secara percuma dengan setiap pembelian dari saya sahaja.

Eizan
Call/sms/Whatsapp: 013-467 4773
FB: Eizan Adzan
FanPage: D'MYA supplement House

No comments:

Post a Comment