Tuesday, 21 January 2014

Betulkah Cara Diet Anda?

Betulkah cara diet anda?Berat badan yang tidak menentu, sekejap naik sekejap turun pastinya amat merisaukan anda, membuatkan
anda kurang selesa dan hilang minat untuk melakukan perkara-perkara lain. Sudah la sume makanan dicatu, malah sanggup berlapar demi untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Namun lain pulak yang jadinya. Kurus yang diharapkan tetapi semakin gemuk jadinya, segala tip pemakanan telah diikuti tetapi hasilnya masih tidak kelihatan. Bukan saja tidak mendapat bentuk badan yang diiginkan malah sistem metabolisme dan mood anda jugak turut terganggu oleh situasi ini.

Lihat kembali apakah yang tidak kena dengan cara diet anda. Terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh wanita yang berdiet.

1. Tidak mengambil sarapan

  • Ada sesetengah wanita yang kurang berselera untuk mengambil sarapan, jika dipaksa perut akan mengalami ketidakselesaan. Ini adalah antara sebab yang menyebabkan sesetengah orang jarang mengambil sarapan. Harus diingat, pengambilan sarapan adalah amat penting untuk membekalkan tenaga walaupun sedang  berdiet.
  • Mengabaikan pengambilan sarapan akan menyebabkan seseorang itu akan menjadi lapar. Apabila tiba waktu makan tengahari dan makan malam, mereka akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
  • Mereka yang mengambil sarapan pagi mengikut peraturan akan menjadi lebih langsing dan sihat berbanding mereka yang tidak bersarapan.
  • Pengambilan jumlah karbohidrat kompleks dan protein yang pada waktu sarapan mampu mencegah rasa lapar. Roti gandum dengan telur atau oatmeal dengan susu sudah mencukupi untuk menahan perut dari berasa lapar. 
2. Makanan yang tidak bervariasi
  • Hambatan masa memaksa anda mengambil makanan segera seperti pizza hut atau ayam goreng serta makanan segera yang lain. Jika diambil sekali sekala ianya tidak menjadi masalah tetapi jika sebaliknya, sudah tentulah akan mendatangkan kesan pada kesihatan anda.
  • Jika waktu anda terhad untuk menyiapkan makanan yang sihat, anda boleh atasinya dengan mengambil makanan sihat lain seperti makanan atau buah-buahan. Kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam buah dan sayuran dapat memperkayakan gizi.
3. Makan salad ketika temujanji
Betulkah cara diet anda?
  • Situasi lelaki asyik makan yang lazat seperti stik misalnya, manakala si gadis lebih senang dengan saladnya sebagai menu mungkin tidak asing lagi, alasannya supaya senang berkomunikasi tanpa makanan penuh dalam mulut. Yang malangnya adalah perut anda, nak tak nak bila sampai ke rumah terus bergegas ke dapur mencari makanan untuk mengisi perut yang sekian lama berkeroncong.
  • Daripada anda mengambil manisan sebagai menu lebih baik anda mengambil makanan utama yang mempunyai semua khasiat yang diperlukan oleh badan. Pesanlah jus tomato misalnya yang berfungsi menghancurkan lemak.
4. Menggantikan makanan dengan minuman
  • Mengambil cappucino di pagi hari serta menggantkan makanan tengah hari dengan milshake semata-mata untuk berdiet sebenarnya adalah sama sekali
  • Ramai wanita beranggapan jika mengambil minuman semata-mata dan tidak menyentuh makanan, mereka sedang berdiet. Kalau anda mengambil air putih tanpa gula, mungkin hasilnya lebih efektif. Minum cappucino dengan krim sama saja dengan mengambil makanan kerana minuman ini kaya gula dan lemak malah jumlah kalorinya adalah lebih dari anda mengambil makan malam. 
5. Menghapuskan karbohidrat
Betulkah cara diet anda?
  • Ramai beranggapan karbohidrat adalah penyebab utama kepada penambahan berat badan, Ini menyebabkan ramai yang menghindari makanan berkarbohidrat seperti nasi, mee pasta dan sebagainya. Dengan cara ini mungkin berat badan akan turun 2-3 kg dalam masa satu atau dua minggu tetapi akan naik semula. Penurunan berat badan dengan cara ini bukanlah cara yang sihatt kerana bukan lemak yang hilang sebaliknya cairan dalam tubuh dan ini akan mengakibatkan dehidrasi.
  • Daripada menghapuskan karbohidat lebih baik anda mengurangkan pengambilan roti, kuih serta karbohidrat yang kaya dengan lemak dan gula. Sebaiknya gantikan beras putih dengan beras merah, bukan saja melancarkan sistem pembuangan tetapi juga akan menjadikan anda kenyang lebih lama.
Jika inginkan berat badan ideal anda, cubalah tips yang telah dikongsikan ini. Selain dari itu, anda juga boleh mengambil Set Slimming KLIK SINI untuk membantu dalam usaha anda untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman anda.

Di Shaklee, Set Slimming yang disediakan adalah selamat dan inshaAllah berkesan, anda tidak perlu ragu untuk menggunakannya kerana telah ramai pengguna yang telah mendapat kembali berat badan ideal mereka. 

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah untuk mendapatkan Set Slimming Shaklee ini, saya akan mengesyorkan set yang sesuai untuk keperluan serta bajet anda. Di Shaklee, harga yang amat2 berpatutan disediakan untuk anda, jangan risau dengan harganya kerana anda boleh mendapatkannya dengan harga yang istimewa dari saya. KONSULTANSI pengambilan juga akan disediakan untuk anda secara percuma.

Call/sms/Whatsapp: 013-467 4773
Add FB Eizan Adzan dan kita akan dapat berchatting secara terus
LIKE fanpage: D'MYA supplement House

No comments:

Post a Comment