berada di dalam lindungan Allah dan sentiasa diberkatiNYA.
Entri kali ini saya akan bawakan anda semua berkaitan dengan penyusuan. Bagaimana memliliih sumber makanan yang membantu menambahkan susu badan bagi anda, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak. Tips ini juga boleh dijadikan panduan bagi bakal-bakal ibu yang sedang menunggu saat-saat kelahiran cahaya mata pertama. Saya percaya semua ibu-ibu berazam untuk menyusukan anak secara eksklusif sehingga anak berusia 2 tahun.
Dalam usaha menjayakan penyusuan susu buat si manja sehingga 2 tahun atau sekurang-kurangnya 6 bulan terdapat banyak faktor-faktor yang perlu diambil kira agar proses penyusuan berjalan lancar. Ini termasuklah faktor pemilihan sumber makanan dan cara penyediaannya perlu diambil perhatian.
Antara jenis-jenis sumber makanan yang boleh membantu menambahkan susu badan ialah:
1. Lobak Putih
~ cadangan sajian: sangat sesuai untuk dijadikan sup yang dimasak bersama daun kucai dan ikan bilis.
Boleh juga dijadikan jus untuk diminum
2. Lobak Merah
~ Cadangan sajian: Boleh dijadikan sebagai bahan asas hidangan salad ataupun dicampurkan bersama-
sama campuran sayuran lain dan menjadi menu sup sayur campur.
3. Sawi
~ Cadangan sajian: Sedap dijadikan sayur tumis dan dicampurkan dengan beberapa sayuran lain.
4. Kucai
~ Cadangan sajian: Sedap dimasak bersama-sama bahan lain seperti bihun, cucur udang dan lain-lain.
Boleh juga ditumis dan dicampur bersama-sama tauge dan tauhu dan dijadikan menu sayuran campur.
5. Pucuk manis
~ Cadangan sajian: sangat sedap dan lazat jika dibuat sayur lemak atau tumis air.
6. Pegaga
~ Cadangan sajian: Sangat sedap dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan.
7. Peria
~ Cadangan sajian: Sesuai dicelur dan dijadikan ulam. Serta boleh juga dicampur bersama sayuran lain.
8. Jantung pisang
~ Cadangan sajian: Boleh disajikan secara mentah atau dicelur dan dijadikan ulam. Sangat sedap juga
kalau dimasak lemak atau dijadikan kerabu.
9. Oren
~ Cadangan sajian: Sesuai dijadikan sebagai jus atau dimakan begitu saja.
10. Betik
~ Cadangan sajian: Pucuk betik atau betik muda dicelur terlebih dahulu dan enak dimakan sebagai ulam
bersama-sama nasi yang masih panas
11. Halba
~ Cadangan sajian: Boleh dijadikan sebagai minuman. Atau boleh juga dicampur ke dalam makanan lain
seperti kari ikan,nasi dagang, sup dan nasi lemak.
12. Jintan manis
~ Cadangan sajian: Boleh dijadikan sebagai bahan asas dalam makanan seperti sup, masak kicap dan
sebagainya.
13. Barli
~ Cadangan sajian: Selain dari dijadikan sebagai bahan minuman, boleh juga dijadikan sebagai bubur.
14. Oat
~ Cadangan sajian: Selain dari dibuat bubur atau dicampur bersama minuman panas yang lain boleh juga
dijadikan sebagai bahan salut untuk menggoreng ayam, roti dan lain-lain.
15. Kurma
~ Cadangan sajian: Boleh dimakan begitu saja atau dikisar bersama susu untuk menambahkan rasa
enak susu. Boleh juga dijadikan bahan asas untuk membuat kek, pastri dan sebagainya.
16. Longan kering
~ Cadangan sajian: Enak dijadikan sebagai bahan minuman harian. Boleh direbus dengan kurma, kismis
atau barli. Lebih enak jika direbus dengan gula merah.
Harus diingat, jenis makanan yang dinyatakan di atas hanya akan berkesan jika anda kerap merangsang payu dara dan mengepam susu. Jika payudara tidak dikosongkan dengan sebaik-baiknya, maka makanan yang diamalkan ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan. Pengambilan makanan-makanan ini juga memberi reaksi yang berlainan bagi setiap individu. Anda digalakkan mencuba setiap satunya terlebih dahulu untuk melihat samada ianya sesuai atau tidak dengan anda.
Selain dari itu saya juga mencadangkan anda mengambil supplement tambahan dalam usaha untuk menambahkan penghasilan susu badan. Di Shaklee, pelbagai Set Penyusuan disediakan mengikut bajet dan keperluan anda.
Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut serta untuk oder produk. KONSULTANSI pengambilan akan diberikan secara percuma untuk setiap pembelian dari saya sahaja.
- FB: Eizan Adzan
- Call/sms/whatsapp: 013-467 4773
- Fanpage: D'MYA supplement House
No comments:
Post a Comment